07 December 2010

"Toyol" kumpul RM750 ribu dalam masa 3 jam saja ... hebat toyol ni

MS ; Macam dia dah tahu yang dia tak akan di sabitkan kesalahan ... ni la yang untung nya jadi orang Umnojadah ni ...

Khir Toyo: Bicara segera, saya mahu bersihkan nama saya

SHAH ALAM– Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang berhadapan dengan tuduhan pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini menegaskan, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan menyerahkan kepada sistem perundangan untuk membersihkan namanya.

“Pada saya, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Biar sistem (perundangan) membersihkan nama saya, saya seorang yang percaya pada (sistem),” kata beliau (gambar) kepada pemberita kira-kira 3:15 petang ini selepas membayar wang jamin RM750,000.

“Pertamanya, saya rasakan tindakan (tuduhan) ini ialah perkara yang akan bersihkan nama saya.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi kepada sistem perundangan negara. Saya yakin kes ini akan dibicarakan dengan segera, dan saya dapat bersihkan nama saya,” kata beliau.

Kata Dr Khir, sekurang-kurangnya dengan tuduhan hari ini adalah jelas bahawa rumahnya tidak berminat RM24 juta sebagaimana didakwa oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

“Saya gembira kerana sekurang-kurangnya mereka membersihkan nama saya.

“Saya fikir orang ramai tahun bahawa rumah saya bukan (menelan kos) RM24 juta,” kata Ketua Pembangkang DUN Selangor ini.

“Saya membeli rumah ini berdasarkan kesediaan pembeli dan kesediaan penjual. Pembeli pertama rumah ini membeli rumah ini daripada pembeli terdahulu pada harga RM6.5 juta dan dia menjual kepada saya pada harga RM3.5 juta dan ia dilakukan mengikut undang-undang,” tegas beliau.

Ketika ditanya sama ada beliau menganggap waktu tuduhan ini dikenakan ketika wujud spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun depan, Dr Khir berkata:

“Saya tidak tahu. Sebagai ahli politik saya mungkin berfikiran begitu, tetapi biar sistem kehakiman membersihkan nama saya terlebih dahulu.”

Kata beliau, keluarganya terpaksa meminjam wang untuk mengumpulkan wang jamin RM750,000.

“Kita terpaksa mengumpulkan kesemua dana, meminjam daripada orang lain. Apa nak buat?

“Itu sebabnya mengapa mengambil dua hingga tiga jam (untuk mengumpulkan wang jamin),” kata beliau.

Dr Khir juga enggan mengulas apabila ditanya sama ada mengesyaki adanya agenda politik ekoran tuduhan yang dikenakan hari ini.

Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pula berkata pihaknya terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendakwa kerana perlu menjalankan siasatan mendalam dan terperinci.

“Selepas membeli sebuah rumah dengan harga lebih murah, ia tidak terus menjadi satu kesalahan,” kata Gani.

Katanya, jika tidak setiap orang yang membeli barang-barang jualan akan secara automatik melakukan kesalahan.

“Anda harus kembali kepada asasnya (kes), bagaimana hal itu dijalankan, (mendapatkan) saksi; rakaman laporan saksi; supaya segalanya jelas ... terutama ini sudah lama berlaku... kita tidak boleh menjalankan siasatan yang tidak rapi.”

Gani juga memberitahu bahawa pihak pendakwa akan memanggil sekurang-kurangnya 16 orang saksi.

Kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Dr Khir, 45, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Wakil rakyat itu didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Dr Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Adun Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dr Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.

Beliau merupakan Menteri Besar Selangor ke-13, dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 - TMI
MS: "toyol' kalau di kampong akan dikaitkan dengan makhluk halus yang suka mencuri duit , .... itu fahaman atau kepercayaan atok nenek kita la ... tapi rupa-rupanya dalam zaman sekarang ni pun masih ada 'toyol'. Toyol ni dapat kumpul RM750,000.00 dalam masa 3 jam ... aku pun nak bela 'toyol' lah .... hahahaaaaaaaaaaa

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive