07 December 2010

Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 1)

1. Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana Anak Syarikat Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan.

2. Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli EXCO Kerajaan Negeri.

3. Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

4. Dokumen berkaitan dakwaan Kerajaan Negeri yang menyatakan Kerajaan BN sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma kepada sebuah syarikat swasta.

5. Setelah tiga hari peralihan kuasa Kerajaan Negeri Selangor kepada Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilaporkan telah dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti).

6. Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13hb. Mac, 2008 bagaimanapun berjaya dihalang oleh Menteri Besar baru Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang kerana mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar Kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar Negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.

7. Pembohongan tentang Konsultansi Juru-audit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juru-auditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28hb. April, 2008, Juru-audit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi Bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31hb. Disember, 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juru-audit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31hb. Disember, 2007 kepada anggota-anggotanya.

8. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan iaitu Meram Holdings.

9. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Sub-kontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

10. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20hb. Disember, 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal, Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd) tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) ada dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive