07 December 2010

Rakyat akan terus ditipu oleh rejim Najib

Mata lebam Anwar: Kit Siang persoal komitmen Kabinet Najib

Oleh Clara ChooiDecember 07, 2010

Lim Kit Siang.KUALA LUMPUR, 7 Dis — DAP mendesak penjelasan pentadbiran Najib berhubung komitmen Kabinetnya bahawa akan membuka semula siasatan berkaitan dengan insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 sambil mendakwa menteri-menterinya membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah.

Penasihat parti Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein merampas tanggungjawab yang diberikan kepada rakan sejawatannya Datuk Seri Nazri Aziz agar mengendalikan perkara berkenaan, dengan mengisytiharkan kes itu sudah pun ditutup.

“Adakah beliau menyebabkan jaminan Nazri Aziz di Parlimen bahawa Kabinet mahu menyiasat dakwaan baru sebagai sesuatu yang sudah tidak relevan lagi?” kata Lim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli politik veteran ini merujuk kepada satu surat yang diterima daripada Hishammuddin pada 2 Disember lalu di mana menteri itu menafikan wujudnya sebarang percanggahan dalam kes mata lebam 1998 melibatkan Anwar dan mengisytiharkan kes itu tidak perlu dibuka semula meskipun adanya dawkaan terbaru bukti-bukti telah dipalsukan oleh seorang bekas pegawai penyiasat.

Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.

Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kabinet mengarahkan beliau dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berjumpa dengan Gani bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan surat terbuka Mat Zain.

“Saya dan Rais telah diarahkan oleh Kabinet yang bermesyuarat pada 12 November lalu untuk berjumpa Abdul Gani bagi mendapatkan penjelasan mengenai surat terbuka itu sebelum sebarang tindakan diambil.

“Buat masa ini, kami sedang menunggu Abdul Gani pulang dari Mekah,” katanya.

Nazri berkata beliau dan Rais perlu menemui Gani berhubung surat terbuka Mat Zain itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Isnin lepas, Mat Zain merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim pada sidang Dewan Rakyat 9 November lepas.

Beliau juga mengesahkan ada menghantar e-mel kepada Lim pada 14 April lepas.

Gani hadir pada di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam bagi memfailkan tuduhan berkaitan rasuah ke atas bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Hishammuddin dalam respons bertulis kepada pertanyaan Lim mengenai perkara itu ketika sesi perbahasan Bajet 2011 juga memberitahu Lim, Ahli Parlimen Ipoh Timor bahawa, Polis Diraja Malaysia telah melengkapkan pemeriksaan mereka ke atas siasatan lama dan mendapati tiada sebab untuk mengesyorkan bahawa bukti palsu telah diberikan.

Lim menimbulkan soalan mengenai isu itu di Parlimen ekoran pendedahan Mat Zain, yang merupakan pegawai siasatan dalam kes Anwar dipukul, dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara yang baru Tan Sri Ismail Omar pada 8 Oktober lalu, beliau ada maklumat terbaru berhubung insiden mata lebam, yang mengaitkan peranan Gani dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Ekoran pendedahan Mat Zain itu, pentadbiran Najib mengarahkan Nazri dan Rais agar menyoal Gani berhubung perkara itu.

Bagaimanapun kata Lim, campur tangan Hishammuddin dalam isu ini menimbulkan keraguan berhubung pendirian kerajaan dalam perkara itu, sekali gus mencetuskan persoalan sama ada pentadbiran Najib sudah pun memutuskan untuk mengetepikan isu tersebut.

Dalam suratnya kepada Lim, Hishammuddin menegaskan, meskipun Mat Zain mendakwa tetapi surat terbukanya tidak mempunyai elemen-elemen yang memerlukan sebarang siasatan susulan polis.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Sehubungan itu Lim mengenakan tekanan ke atas kerajaan dengan menggesa Nazri agar memberikan respons segera berhubung kenyataan terbaru ini.

“Jika beliau sebenarnya telah diarah agar menyiasat dengan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara, jadi mengapa perlu ada jawapan sedemikian daripada Menteri Dalam Negeri,” katanya.

“Penjelasan daripada Nazri diperlukan untuk mengetahui sama ada menteri-menteri Kabinet tahu apa yang mereka katakan,” kata beliau.

Lim menambah, sikap endah tak endah Hishammuddin dalam isu ini menunjukkan Naib Presiden Umno ini tidak berminat dan mahu mengetepikan kes sama sekali.

“Beliau telah mengelak dakwaan yang serius bahawa wujudnya tindakan memalsukan bukti,” kata beliau.

“Dalam suratnya kepada saya, beliau tidak merujuk kepada perjalanan prosiding dan beliau hanya bercakap mengenai sabitan kesalahan (bekas Ketua Polis Negara) Tan Sri Rahim Noor. Bagaimana dengan kejadian-kejadian campur tangan?

“Hishammuddin telah mengalih perkara itu,” kata beliau.

Dalam suratnya, Hishammuddin memberitahu Lim bahawa tuduhan ke atas Rahim adalah adil dan berdasarkan pada bukti yang ditemui ketika siasatan.

Oleh itu Lim mengecam Hishammuddin kerana dengan jelas cuba mengelak isu yang sebenar, yang perlu diteliti sekarang dan mahu kerajaan menunjukkan komitmennya dengan menyelesaikan isu ini secara menyeluruh.

“Adalah mereka akan membuka semula siasatan?” kata beliau sambil menambah, ia berkait rapat dengan tahap keyakinan rakyat jelata terhadap pentadbiran Najib.

“Ia bukan setakat soal profesionalisme, tetapi tindakan menunjukkan komitmen anda ke atas sistem keadilan jenayah,” kata beliau. - TMI
MS: Sorang menteri kata lain, sorang lagi kata lain. Sebab kes ni terjadi pada pihak pembangkang. Aku tak percaya kes mata lebam ni akan dibuka semula.
Adakah mereka sanggup mendakwa gani 4tahil tu? Sampai mampuih la kalau nak tunggu gani didakwa kerana menipu dan selewngkan siasatan mata lebam DSAI. Tak kan kita tak tau macam mana sistem kehakiman kita.
Atau mungkin juga boleh mereka boleh 'gula-gula' kan rakyat. Bawa gani pi mahkamah, Dakwa dia, penghujung nya .... Mahkamah mendapati tiada kes terhadap gani 4tahil ... tutup cerita.
Begitu lah kisah perjalanan sistem kehakiman kita ...
Hahahaha RAKYAT MALAYSIA AKAN TERUS DITIPU OLEH REJIM NAJIB sampai mampuih ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive