Peguam kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa mereka meminta penyelesaian terhadap saman fitnah oleh bekas ketua polis negara itu Tan Sri Musa Hassan.

NONE
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah hari ini, Musa berkata, saman fitnah itu difailkannya ekoran "salah faham" dan beliau menerima "penyelesaian" yang dicadangkan Anwar.

Bagaimanapun, dalam kenyataan media yang dikeluarkan selepas itu, peguam N Surendran (gambar bawah, tidak bertali leher) dan Latheefa Koya berkata, Musa yang mahu menarik balik kes itu dan bukan Anwar.

"Penarikan balik itu diusahakan oleh Musa atau wakilnya. Pada setiap masa, Anwar sedia meneruskan kes itu.