24 November 2010

Kes Mata Lebam : Kabinet akan soal Gani Patail


Pentadbiran Najib telah mengarahkan 2 menteri kabinet untuk menyoal Gani Patail berhubung penglibatan beliau dalam kes 'mata lebam' yang melibatkan DSAI pada tahun 1998.

Keputusan ini di ambil selepas Datuk Mat Zain Ibrahim bekas Ketua CID Kuala Lumpur mendakwa mempunyai keterangan-keterangan baru tentang kes 12 tahun lalu itu yang membabitkan Peguam Negara itu.

Rais Yatim dan Nazri Aziz telah diarahkan untuk bertemu Gani Patail untuk tujuan ini, tapi terpaksa untuk menunggu sehingga Gani Patail kembali dari mengerjakan haji.

Mat Zain beberapa hari lalu telah menghantar surat terbuka kepada Ketua Polis Negara berhubung kes mata lebam ini.

Menurut Nazri, Kabinet memerlukan jawapan dari Gani Patail sebelum apa-apa tindakan dapat diambil.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive