KUCHING: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah selesai menjalankan siasatan kes insiden "mata lebam" Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan tidak dapat menyatakan dengan tepat bila siasatan itu selesai.
Kata beliau, kertas siasatan sedang dalam proses penelitian. "Daripada segi siasatan dah selesai tapi sekarang sedang dikaji oleh panel bahagian pendakwaan kita," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Pengarah BPR Sarawak yang baru di sini hari ini. Samsiah Abu Bakar yang sebelum ini bertugas di Perak menggantikan Mohamad Yusoff Akope yang ditukarkan ke pejabat BPR di Putrajaya.
Anwar membuat laporan polis awal Julai lalu berhubung insiden tersebut.
Anwar membuat laporan polis awal Julai lalu berhubung insiden tersebut.
Mengenai bila keputusan siasatan tersebut akan diketahui, Ahmad Said berkata, ia terserah kepada panel bahagian pendakwaan untuk menentukan.
Pada 15 Oktober lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan dakwaan bahawa siasatan kes insiden 'mata lebam' Anwar sudah selesai dan hasil laporan itu mendapati terdapat elemen penyalahgunaan kuasa oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Mohamed Nazri menjelaskan, siasatan kes itu dijalankan BPR dan bukan oleh Pejabat Peguam Negara seperti yang didakwa anggota Parlimen DAP bagi Ipoh Timur, Lim Kit Siang.
Mohamed Nazri menjelaskan, siasatan kes itu dijalankan BPR dan bukan oleh Pejabat Peguam Negara seperti yang didakwa anggota Parlimen DAP bagi Ipoh Timur, Lim Kit Siang.
Mengenai kes kehilangan wang bukti berjumlah RM40,000 dalam peti keselamatan di pejabat BPR Sibu pada September lepas, Ahmad Said berkata, kes itu diserahkan kepada polis untuk siasatan manakala BPR turut menjalankan siasatan dalaman.
"Seorang pegawai (BPR Sibu) yang disyaki terlibat telah pun dipindah ke Kuala Lumpur dan sedang disiasat ," katanya.
Sementara itu, beliau menafikan dakwaan kononnya pemindahan Samsiah ke negeri ini ada kaitan dengan kes berprofil tinggi yang membabitkan tokoh politik di Perak sebaliknya ia merupakan prosedur biasa. -- mStar
No comments:
Post a Comment