05 December 2010

YAB Lim Guan Eng di CubPrix PETRONAS P. Pinang

Guan Eng bertanyakan sesuatu kepada Sam Hogg diperhatikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang dan Exco Belia dan Sukan. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, PP, YB Ong


Guan Eng bersama Sam Hogg, pengajur perlumbaan

Baru sebentar tadi sekitar jam 2.15 petang Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng telah bersama-sama rakyat ke padang kota (Esplanade) untuk sama-sama menyaksikan pusingan 10, PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship 2010.
Guan Eng diiringi oleh Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, YB Ong Kok Foi

PETRONAS Cub Prix yang telah bermula di Kedah pada 19 dan 20 Mac lalu akan melabuhkan tirainya di Pulau Pinang ini setelah menghabiskan 10 pusingan perlumbaannya.

Pulau Pinang boleh di katakan bertuah kerana telah menganjurkan 2 pusingan cub prix, Pusingan ke 3 telah di adakan di Stadium Batu Kawan pada 8 dan 9 May lalu.

Majlis makan malam dan upacara penyampaian hadiah bagi tahun 2010 ini akan diadakan di Dewan Sri Pinang jam 8 malam ini.
PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix diadakan di semua negeri-negeri Pakatan Rakyat. Walau bagaimana pun, penganjuran di Kelantan terpaksa dihentikan buat sementara waktu disebabkan oleh ketiadaan tempat yang sesuai.
Untuk pertama kali juga, iaitu pada tahun lalu (2009) PETRONAS Cub Prix dibenarkan memasuki Kedah, setelah Pakatan Rakyat (PAS) mengambil alih pentadbiran negeri itu dari BN,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive