01 January 2011

Budak 'Datang Bulan' yang tak cukup kain di Anugerah Skrin TV3suku

oleh Saodah Ismail

TAK larat rasanya mahu menjawab soalan tentang siapa gerangan budak “datang bulan” yang tak cukup kain malam Anugerah Skrin 2010 yang baru lepas. SMS yang saya terima pun bertalu-talu menagih jawapan. “Siapa budak “datang bulan” tak cukup kain tu?

Saya malas nak melayan atau nak mencari jawapan kerana tak pasal-pasal budak ‘tak cukup kain’ itu jadi popular. Mungkin ini satu jenaka, atau produksi yang diwakili ‘budak tak cukup kain’ itu seronok kerana dalam ramai-ramai yang naik pentas untuk rangkul Anugerah Skrin TV3 itu, budak itu yang kita ingat.

Bagi anda yang tak tahu biji butir tentang apa yang saya celotehkan kali ini atau apa kes ‘budak datang bulan” ini, tentu terpinga-pinga. Sebenarnya ini peristiwa yang berlaku semasa penyampaian Anugerah Skrin TV3 2010, baru-baru ini. Ketika diumumkan anugerah untuk Videografi Terbaik kategori drama yang dimenangi drama Astro Ria, “datang bulan”, maka naiklah seorang wanita yang pakai fesyen macam sarung nangka saja. Sekadar balut badan sekerat. Atas tak sampai, bawah pun tak sampai.

Sama ada dia pelakon atau pengarah atau penerbit, tidaklah diketahui tapi yang pasti dia telah naik pentas untuk terima anugerah. Ketika naik pentas, sudah kedengaran hiruk pikuk hinggakan Datuk Aziz Sattar membuat lawak, tentang wanita itu.

Pada hal majlis itu cukup berprestij, yang datang bukan calang-calang dan turut menyaksikan malam itu ialah Datuk Seri Utama Rais Yatim dan isteri. Apa agaknya perasaan budak “datang bulan” itu? Sudah tentu seronok kerana berjaya menarik perhatian. Bukan saja tak kena sebab dewan berhawa dingin bahkan, tak peka dan tak sensitif langsung tentang budaya dan sikap menghormati majlis.

Buat saya, alangkah kasihannya budak itu. Kalau tak cukup duit beli kain, kita pun boleh sedekah, setakat kain di Globe atau Kamdar tu berapalah sangat. Kok iyapun nak tiru macam bintang filem Hollywood biarlah bertempat dik oi. Di Hollywood itu memang itulah pakaian mereka, walaupun dalam dewan yang berhawa dingin sebab selepas mereka catwalk di karpet merah, sudah sedia menanti air pemanas badan, segala champaigne bagai sebelum dan selepas majlis.

Karyawan dan orang filem adalah orang yang berbudaya. Bukanlah nak suruh pakai jubah dengan nampak biji mata saja sebab rasanya orang kita ini begitu toleran dan maju tentang fesyen. Pakaian itu melambangkan peribadi kita. Tapi jika memilih untuk nampak miskin seperti balut sarung nangka sekerat, apa boleh buat. Kita hanya boleh kata, seperti P Ramlee sebut, “Kesiannnnn.”

Majlis anugerah adalah majlis untuk mereka sendiri. Tapi jika mereka sendiri tidak pandai menghargai dan menghormati “rumah” mereka, bagaimana orang lain? Sendiri mau ingatla.- Agenda Daily
MS: Dah jadi perkara biasa dalam pentadbiran Najib sekarang. Dah ada 'Tiger Show' di hotel. Tentang pakaian tak cukup kain artis ni dah selalu kita dengar, tapi badan-badan yang bertanggung jawab tentang hal ehwal agama diam membisu, kecuali perkara-perkara ini berlaku di pihak pembangkang, riuh satu dunia, itu tak boleh ini tak boleh ...tapi bila perkara yang sama berlaku pada pemimpin-pemimpin negara atau bini-bini mereka pihak ini kembali menutup mulut semula. Apakah tugas-tugas mereka hanya untuk pihak pembangkang, atau untuk sengaja mencari salah pembangkang? Fikir-fikir kanlah.
Jangan tanya Najib, kalau tak masakan dia nak jadikan Malaysia sebagai hub hiburan ...

2 comments:

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Kasihan kita yg juga rakyat Malaysia... mereka ni x tahu malu... kerajaan pula menggalakkan.... tulah pasal...

gyp sahid said...

when in doubt, blame the govt....silly.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive