Ketua Wanita PAS, Normala Sudirman dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor pada 30 Januari ini.
Bekas guru berusia 38 tahun yang juga ibu kepada tiga orang anak itu diumumkan sebagai calon di ibu pejabat PAS, Jalan Segamat di sini.
Turut hadir pada majlis itu adalah beberapa pemimpin Pakatan termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Normala juga adalah ahli exco sayap wanita PAS.
Spekulasi berhubung pencalonannya tersebar luas beberapa minggu lalu ekoran peletakan jawatannya secara mengejut bulan lalu dan beliau turut menyampaikan ceramah dalam aktiviti PAS di Tenang.
Penamaan calon PRK di Tenang ditetapkan pada Sabtu manakala pengundian dilakukan pada 30 Januari ini.

No comments:
Post a Comment