Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 5 Jan — Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang anggota Kabinet pusat berhubung kes rogol membabitkan pembantu rumah warga Indonesia kira-kira empat tahun lalu.
Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh mengaitkan menteri berkenaan dalam kejadian tersebut namun banyak perkara yang membuktikan pemimpin Umno itu terlibat.
“Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini tampil mengambil peranan selaku warga negara yang bertanggungjawab untuk membuat satu laporan polis mengenai wujudnya laporan mengaitkan anggota kabinet Malaysia dengan kejadian merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.
“Dokumen dilampirkan. Kejadian sekitar tahun 2007 ini menjadi perhatian apabila didedahkan oleh WikiLeaks dan kemudian dilaporkan semula secara agak lengkap di beberapa blog
“Setelah carian lanjut dibuat saya memperoleh dokumen lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SAMM hari ini membuat laporan polis tersebut di Ibupejabat Polis Seremban 2.
Menurut Badrul Hisham atau lebih mesra dengan panggilan “Chegubard”, laporan polis itu dibuat bagi mendesak pihak polis supaya membuka kertas siasatan bagi menyiasat kebenaran dakwaan yang mengaitkan menteri itu.
“Laporan polis ini dibuat untuk mendesak PDRM (Polis Diraja Malaysia) membuka fail siasatan dan memulakan siasatan. SAMM mengambil tanggungjawab tampil untuk membantu PDRM memulakan siasatan berkenaan kes ini,” katanya.
Badrul Hisham yang juga Ketua PKR Rembau itu juga berkata, siasatan polis membantu membersihkan nama menteri yang terbabit jika hasil siasatan membuktikan beliau tidak terlibat.
“Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri harus segera menyatakan pendirian dalam perkembangan ini.
Beliau juga berkata sekiranya kes itu gagal ditangani ia akan menjadi punca konflik Malaysia dan Indonesia.
Tambah Badrul Hisham, beliau tidak mendedahkan identiti mangsa yang terlibat demi menjaga maruah mangsa tersebut.
“Pada mulanya SAMM ingin mendedahkan identiti ‘mangsa’ rogol tersebut, tetapi setelah difikirkan soal maruah mangsa dan lebih lagi apabila mendapat isyarat dari keluarga mangsa yang kuatir akan menerima nasib seperti Altantuya (Sharibuu) maka identiti mangsa dirahsiakan.
“Samm mendesak agar siasatan yang telus dan bebas dijalankan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang campur tangan pemimpin tertinggi seperti yang didakwa berlaku sebelum ini.
“Di mana-mana negara di dunia sekalipun, tiada pemimpin yang boleh menghalang keadilan daripada ditegakkan tetapi malangnya di Malaysia, ada pemimpin tertinggi yang cuba melindungi kejadian rogol,” katanya.
Beliau juga berkata sekiranya tiada tindakan susulan diambil dalam tempoh 14 hari pihaknya akan mengambil tindakan susulan.
Kes rogol ini didakwa telahpun berlaku sewaktu kepimpinan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk “mengelakkan konflik serantau”.
Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa - TMI

1 comment:
SIASAT JANGAN TAK SIASAT
Post a Comment