27 January 2011

Najib yang menongkah arus

Cadangan untuk mengawal internet sejak zaman Mahathir Mohamad bukan lagi sekadar omong-omong, apabila tersebarnya khabar bahawa pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) yang bertujuan untuk memperluaskan kuasa Menteri Dalam Negeri agar memasukkan cakarnya ke ruang internet, bakal dibentangkan semasa persidangan parlimen pada Mac tahun ini.

Mengikut kebiasaan kerajaan Barisan Nasional, kandungan penuh pindaan akta hanya akan terdedah ketika bacaan pertama dalam parlimen, dan kemudian memasuki peringkat bacaan ketiga untuk diluluskan dalam masa yang singkat. Namun, menurut laporan agensi berita rasmi kerajaan, Bernama, kandungan pindaan adalah perluasan definisi penerbitan di dalam PPPA, supaya meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Jelas, pindaan ini seolah-olah satu "undang-undang internet". Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kerajaan Najib mahu mengawal media internet. Ia bukan sahaja bertitik tolak dari perkiraan politik Najib, tetapi juga dasar tradisional UMNO-BN yang tidak bertoleransi dengan media yang berbeza pendapat. Sebelum mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengeluh bahawa keterabaian BN terhadap pengaruh internet menjadi punca kegagalan dalam PRU ke-12, Najib sudah dihantui "internet".

Misalnya, kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya pada tahun 2006, pendedahan Anwar Ibrahim yang mengaitkan kes pembunuhan ini dengan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan, dan kes Najib menghantar pesanan ringkas (sms) kepada peguambela tertuduh ketiga Razak Baginda - Najib diberi perlindungan oleh media tradisional dengan menutup nama beliau daripada didedahkan dalam liputan berita. Najib hanya terpaksa untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya apabila media internet memberi liputan yang cukup terperinci dalam isu tersebut - seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive