03 January 2011

NGO ni nak pi buat repot polis hari-hari ... hahaha larat ker tu

MS : Hahaha kalau pasal buat laporan polis ni, semua orang dah kenal PEKASAm. Dan yang ini campur lagi pula Gaps, kononnya ADUN PKR Seri Muda cuba 'berperang' dengan Sultan. Tak pa la bagi la dia pi buat dah memang tu kerja dia, mana dia ada kerja lain selain buat laporan polis.
Aku tak nampak pun kerja-kerja lain yang memberi manafaat kepada orang Melayu selain dari buat laporan polis, berdemo, melalak sana melalak sini, ... mungkin sebab ketua dia pun macam tu, asyik cari salah orang - seoalh-olah dia saja yang betul ...
NGO MAHU HUKUMAN GANTONG TERHADAP ADUN PKR
Dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuahn Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

"Kenyataannya adalah biadap dan tidak beradab. Ia mengandungi fitnah dan perbuatan khianat terhadap institusi raja di Selangor. Saya percaya kenyataannya itu juga berbaur hasutan,” kata pengerusi Gaps, Hamidzun Harun kepada wartawan selepas membuat laporan di ibu pejabat polis di Shah Alam.

Dalam laporan polis itu, kedua-dua NGO berkenaan mahu Shuhaimi diheret atas dakwaan mengkhianati mengikut Seksyen 121 Kanun Jenayah yang membawa hukuman bunuh.

Penjara seumur hidup

Pertuduhan alternatif, mereka mahu Shuhaimi didakwa mengikut Seksyen 121(1B)kerana cuba menghasut atau berusaha mengulingkan ketua negeri yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

PERKASA diwakili oleh pengerusi Selangor, Abdullah Mansur.

Menurut pengadu, Shuhaimi membuat kesalahan berkenaan di blog ketika mengulas isu berkenaan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru pada 30 Disember lalu.

Kedua-dua NGO itu mengugut akan membuat laporan polis setiap hari di seluruh negara sehingga Shuhaimi diheret ke muka pengadilan.

Berikut disiarkan petikan di blog Shuhaimi.

“Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato' Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati' oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.

"Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.

"Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.” -
malaysiakini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive