04 January 2011

PRK Tenang : UmNO dah mula main kotor

Ceramah DSAI di Tenang diganggu polis malam tadi - gambar Mediarakyat


Ketua PKR, Johor Datuk Chua Jui Meng mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik kotor menyebarkan risalah fitnah terhadap Pakatan Rakyat kepada penduduk Felda di kawasan kerusi undangan negeri Tenang dan kawasan sekitarnya, lapor TV Selangor.

Chua berkata risalah berbentuk buku kecil bertajuk 'DAP anti Islam' dan 'Khawarij dan Politik PAS' yang diedarkan itu dianggap satu pembohongan besar.

"Ini satu pembohongan besar. Kalau nak kata DAP anti Islam. Saya dah lama kenal DAP. Mereka tak bodoh. DAP hormat orang Melayu, Lim Guan Eng sendiri telah banyak membantu orang Melayu di Pulau Pinang," katanya.

Sehubungan itu, Chua juga tidak menolak perbuatan itu sebagai taktik kotor Umno untuk kempen mempertahankan Tenang pada pilihan raya kecil akan datang.

Risalah 'DAP anti Islam' mengandungi nota yangmendakwa parti Cina yang mempunyai kerusi paling banyak di parlimen itu akan mengharamkan azan, majlis Maulidur Rasul dan seumpamnya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Chua juga menyatakan kebimbangan mengenai taktik Umno yang cuba menghalang pemimpin Pakatan Rakyat daripada bertemu rakyat.

Semalam ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang sekali lagi diganggu polis.

"Mungkin selepas ini pemimpin Cina tidak dibenarkan masuk ke kawasan Felda," katanya - malaysiakini

2 comments:

goodlistener said...

Aku pasti yg datang dengar bukan org Johor sebab org johor tidak perlu Parti Ajaran Sesat/Syaitan yg telah merosakkan ummah. Puak Parti yg mengafirkan sesama Islam, mengajikan penyokong fanatik dgn maki hamun, fitnah dah jadi amalan wajib dan mengaibkan sesama manusia.Tunggu pd 30 Jan , kau akan tahu langit di Tenang tinggi atau rendah

Kuda Perang said...

Sdr goodlistener hanya perlukan parti korup yang membawa title pejuang bangsa melayu namun sebenarnya tidak memperjuangkan bangsa melayu pun... buktinya tengok apa yang juak-juak kamu lakukan kepada Melayu Kelantan dan Melayu bandar!
Tengok pada Bahasa Melayu yang dibakul sampahkan, tegok tulisan Melayu (tulisan jawi) yang sudah dibuang!
Juak-juak gerombolan nak perjuangkan Islam? Sori, jauh panggang dari api!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive