04 January 2011

RAYUAN PENDUDUK KG.BATU 8 SEGAMA,LAHAD DATU.


Rayuan penduduk Kg Batu 8 Segama, Lahad Datu yang diterima melalui email

Untuk ADUN kawasan berkenaan,

Kg.Batu 8 Segama merupakan sebuah kampung yang terletak lebih kurang 11 km dari pekan Lahad Datu ia itu sebuah pekan yang pesat membangun dan sedang menuju kearah sebuah perbandaran. Kami penduduk kampong Batu 8 merasa agak tersisih kerana jalan yang menghubungkan kampung ini dengan pekan Lahad Datu ia itu jalan di Batu 7 masih tidak bertar

Jalan ini pernah ditar semasa zaman pemerintahan kerajaan PBS. Wakil rakyat masa itu ialah Encik Mohamadin Ketapi tapi selepas itu jalan ini terbiar begitu sahaja, malah pernah beberapa kali lori yang mengangkut pasir terbenam disitu.

Keadaan jalan ini semasa musim kemarau adalah berdebu dan dalam musim hujan jalan ini berlumpur. Keadaan ini akan menyukarkan murid-murid sekolah yang bersekolah di SK.Batu 6 ½ untuk kesekolah. Murid-murid ini terpaksa meredah debu dan lumpur untuk menimba ilmu.

Kami berharap pandang-pandanglah masalah kami yang duduk di kawasan luar bandar ini. Kami bangga dengan pembangunan Lahad Datu tapi kami juga teringin untuk mengecap kemajuan yang sedang rancak berjalan itu.

Norham Abadi
Lahad Datu

MS; Harap ADUN dan MP kawasan ini tengok-tengok lah sikit akan kesusahan rakyat. Jangan wakil-wakil rakyat akan hanya temui pengundi apabila ada pilihanraya sahaja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive