07 January 2011

Rumah blogger Rocky's Bru dipecah, Kereta dilarikan


KUALA LUMPUR: Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini di Taman Damai Utama, Puchong.

Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.

"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya.

Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.

Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.

"Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar pukul 3 lebih," katanya.

Ahirudin berkata kawasan perumahannya itu yang terletak dalam Bandar Kinrara baru tiga bulan menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan itu.

Ketua Polis Dearah Serdang Supritendan Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kes itu. - BERNAMA

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

ada dua jenis manusia yang diduga hebat oleh Allah SWT.

1. Orang yang pasrah pada ketentuanNya
2. Orang yang tidak mensyukuri nikmatNya atau menikmati hasil yang tidak berkat.

Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive