Saiful dakwa dipaksa lakukan seks oral
2011/02/14
KUALA LUMPUR: Ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau mengambil palitan spesimen dari tekak dan lidah Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas lelaki itu memberitahunya yang dia dipaksa melakukan seks oral oleh "seorang tokoh berprofil tinggi".
Ketika disoal balas oleh peguam S. N. Nair kenapa beliau mengambil spesimen dari dua tempat berkenaan, Dr Siew berkata, apabila beliau merekodkan sejarah kejadian itu daripada pesakit, selain memberitahu beliau yang dia diliwat, pengadu juga mendakwa dia diminta melakukan aksi terbabit. Dr Siew berkata, Mohd Saiful juga memberitahunya yang dia tidak boleh duduk selama dua hari akibat perlakuan seksual yang tidak direstuinya itu. Ditanya mengenai keadaan Mohd Saiful ketika pengadu pertama kali menemui beliau, Dr Siew berkata, dia berkeadaan tenang, manakala dua lagi pakar lain melakukan pemeriksaan perubatan terhadapnya.
Menjawab soalan Nair sama ada beliau mencatatkan nota mengenai latar belakang keluarga Mohd Saiful, ahli patologi itu berkata, beliau tidak berbuat demikian secara khusus kerana mindanya bertumpu terhadap dakwaan yang dibuat pengadu.
"Dia juga tidak menunjukkan sabarang tanda sebagai seseorang yang mengalami masalah psikiatri, dia agak tenang, memberi kerjasama dan bersopan," kata Dr Siew.
Dr Siew berkata, demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaran Ketua Pembangkang, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Menjawab soalan Nair kenapa keterangan yang diberinya bercanggah kerana laporan yang disediakannya pada 13 Julai 2008 menyebut bahawa tidak ada penemuan klinikal mengenai berlakunya penusukan, tetapi menyatakan sebaliknya apabila berada di kandang saksi, Dr Siew berkata, laporannya itu adalah lebih berdasarkan pada penemuan klinikal dalam keadaan ketiadaan laporan ahli kimia.
Bagaimanapun, Dr Siew bersetuju dengan Nair bahawa beliau memberitahu seseorang mengenai penemuan awalnya itu.
"Saya hanya maklumkan perkara itu kepada polis dan tidak kepada sesiapapun dari HKL, dan saya memberitahu mereka bahawa ia hanyalah beberapa kecederaan pada bahagian anus mangsa," kata Dr Siew.
Ahli patologi itu menolak pandangan Nair bahawa beliau bersikap berat sebelah dalam laporannya setelah mengambil sebahagian daripada laporan ahli kimia ketika menyediakan laporan itu.
"Anda bersikap memilih apabila hanya menyebut mengenai fakta yang bersifat prejudis terhadap anak guam saya dan menyembunyikan sesuatu yang menyebelahinya," kata Nair.
Nair memberitahu mahkamah bahawa laporan ahli kimia itu menyebut mengenai kewujudan DNA dua lelaki dan ahli patologi itu bergantung sepenuhnya pada laporan berkenaan. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment