14 February 2011

hahaha ... I baru nak cari maklumat, u dah batalkan, apa la u ni Rais ... hahaha aauwww


INI YANG MENTERI AAUUWW KATA .....

MERLIMAU: Datuk Hishammuddin Hussien berkata beliau perlu mendapatkan maklumat lengkap daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berhubung isu penyanyi Iran, Mohsen Namjoo sebelum mengambil sebarang keputusan sama ada membatalkan permitnya atau tidak.

Katanya, beliau perlu mendapatkan maklumat dalam konteks imigresen dan agama. Hishammuddin berkatya demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, hari ini.

Sebelum ini Menteri Agama, Jamil Khir dah minta konsert Mohsen ni di batalkan ...

PETANG INI JUGA MENTERI BAKAR JAMBATAN KELUAR KENYATAAN INI ...

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengesahkan bahawa konsert Mohsen Namjoo yang dijadualkan pada Jumaat ini, tidak dibenarkan kerana ia tidak bersesuaian dari segi agama, budaya dan kemasyarakatan pelbagai kaum di negara ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata permohonan yang diterima daripada pihak penganjur pada Jumaat lepas, telah ditolak hari ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK Puspal).

Penyanyi kelahiran Iran yang digelar “Bob Dylan” oleh New York Times satu ketika dulu itu juga mendapat banyak tentangan daripada rakyat Malaysia kerana dikatakan menghina Islam dalam lagu-lagunya. – Bernama

STONE : Apa punya prosedur yang depa guna pakai? Menteri aauuwww kata nak jumpa KSU KDN dulu utk dapat maklumat dengan imigresen dan tentang agama baru boleh batalkan konsert tersebut. itu pun kalau ianya bercanggah dengan agama kita.

Tup tup menteri bakar jambatan keluar kenyataan konsert memang muktamad - dibatalkan. Yang si aauuwww tengah cari maklumat lagi , hahahaha ...

Ni apa ni najib, menteri-menteri hang ni tak reti buat kerja ka? Apa prosedur depa pakai. Sorang kata lain, sorang buat lain ... Nampak sangat sepupu hang tu tak boleh pakai, cakap main ikut sedap mulut dia saja. Memang tak leh percaya bila menteri-menteri umno bercakap ...

Jangan buat kerja bagi rakyat gelak kat hangpa la menteri-menteri umno aiii ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive