27 February 2011

Demo Hindraf - 109 ditahan

109 detained in ‘Interlok’ protest
By Clara Chooi - February 27, 2011

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Polis mengesahkan seramai 109 orang telah ditahan ketika protes Hindraf, yang diadakan berhubung isu novel kontroversial Interlok dan “perkauman Umno”, di ibu negara hari ini.

Daripada jumlah itu lapan adalah pemimpinnya, lapan lagi wanita dan dua orang pemberita.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah memberitahu, mereka ditahan di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram.

Lapan pemimpin, dipercayai dua daripada mereka dari Hindraf yang telah diharamkan, disiasat di bawah Seksyen 45(1) Akta Pertubuhan.

Dua pemberita, kedua-duanya dari media alternatif, kata Zulkifli, ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka.

MENYUSUL LAGI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive