14 February 2011

Sebab mamat ni tak sokong depa, haramkan dia masuk Malaysia - Nazri Aziz


Nazri mahu bekas duta AS diharam masuk M'sia
Feb 14, 11

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz akan mencadangkan kabinet supaya mengharamkan bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John R Malott daripada memasuki negara ini.

Tindakan itu ekoran kritikan pedas Malott terhadap pentadbiran Najib dalam menangani isu hubungan kaum dalam tulisannya di Wall Street Journal minggu lalu.

Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, Nazri (kiri) melabelkan artikel Malott itu sebagai "pembohongan dan fitnah".

"Malott memfitnah kerajaan kita melalui akhbar asing. Bagaimana dia tahu situasi sebenar jika beliau tidak tinggal di Malaysia?

"Kita tahu dia penyokong setia Ketua Umum PKR (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," kata Nazri semalam di Kuala Kangsar.

Katanya, walaupun kerajaan persekutuan tidak boleh mengambil tindakan undang-undang pada Malott, menyekat perjalannya boleh dilaksanakan.

"Ini bukan maknanya kita tidak bersetuju dengan pandangannya atau menekan kebebasan bersuara, tetapi dia berbohong," kata Nazri.

"Dia boleh terus menulis artikel di mana-mana tidak tidak di Malaysia kerana tulisannya semua tidak benar. Dia dakwa situasi semasa lebih teruk daripada apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Ini semua dusta yang jelas." - mkini
STONE : huahuahua, cuba Mallot ni kata pentadbiran depa bagus, baik dan baik dengan najib, sokong 1mesia, mai duk terus di mesia pun boleh. Ni dah Mallot kutuk Najib, kata depa tak bagus tak baik terus nak haramkan mamat tu masuk Mesia ... ni lah keja depa ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive