14 February 2011

Valentine Day - apa yang hangpa kalut sangat


Valentine Day @ V-D atau Hari Mengenang Kekasih yang usul asal nya hangpa boleh tengok di sini dan di sini adalah satu hari untuk mengingati kekasih-kekasih. Itu yang aku faham - hanya faham pada namanya saja lah. Sama lah dengan Hari Bapa, Hari Ibu dan lain-lain hari yang sebenarnya kita tidak tahu asal usul nya. Siapa yang mulakannya?

V-D yang aku ingat baru-baru ni saja yang pakat sibuk. Maaf aku tak rekod pula bila dia di bawa masuk ke Malaysia ni sebab aku tak ambil pot bab-bab macam ni. Budak-budak kat ofis sibuk bertanya 'abang tak sambut V-D ke' .. jawab aku, aku yang dah tua-tua ni mana ada kekasih lagi untuk di celebratekan. Benda tu berlalu begitu saja.

Aku difahamkan V-D ni hanyalah untuk orang-orang muda, orang-orang berkasih, yang ada awek, yang ada pakwe, yang ada 'gf' atau 'bf'. Apa yang depa raikan aku tak pasti pada awalnya. Tapi akhir-akhir ni, sambutan V-D banyak di kaitkan dengan hubungan sex bebas. Pasangan-pasangan berkasih akan bertemu pada tak kira siang atau malam 14 Feb setiap tahun untuk menyerahkan "mahkota"nya pada sang kekasihnya. Itu yang yang aku dengar, dan ramai orang berkata walaupun tiada data-data kukuh berapa ramaikah remaja-remaja kita yang 'hilang dara' pada hari tersebut.

Bila bercakap tentang hilang dara, sex bebas, kejatuhan moral anak-anak muda kita, khususnya remaja Islam, aku boleh katakan bukan V-D penyabab utamanya. V-D tidak boleh dijadikan alasan untuk kita menyatakan yang ianya penyebab anak-anak remaja kita terjerumus ke lembah maksiat. Tapi mungkin ianya salah satu darinya.

Jadi tindakan Jakim atau jabatan-jabatan agama negeri-negeri atau pun Pemuda PAS baru-baru ini untuk memantau kegiatan tidak bermoral remaja Islam semasa sambutan V-D hanya sekadar untuk mencari publisiti murahan atau menunjuk-nunjuk.

Apa yang hendak dipantau sebenarnya? Kita tahu pasangan-pasangan yang berniat tidak baik pada malam V-D tak kan nak ke Dataran Merdeka untuk memadu kasihnya. Dan kalau ada yang berniat lebih dari itu pasti lah ke bilik-bilik hotel yang bersepah di KL ni. Mampukah Jakim atau pemuda PAS nak menyerbu setiap bilik hotel di KL ni ... Ini bukan kerja senang beb ...

Kalau nak cerita remaja-remaja yang tidak bermoral ni - hubungan sex bebas, tinggal bersama, bukan hanya semasa V-D, ianya berlaku setiap hari di mana saja. KL, Penang, JB Alor Setar, Melaka, KK, Kuching .... Gejala sosial sebegini tak akan lenyap kalau sekadar ingin memantau pada V-D sahaja. Ianya perlu berterusan dan kerajaan yang ada baik negeri mau pun persekutuan perlu mencari satu jalan penyelesaian yang konkrit ... Tapi apakah kita menuju ke arah itu. Jawapan nya TIDAK. Cadangan Najib untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hub Hiburan tidak membawa kearah pengurangan gejala sosial yang kita sedang hadapi sekarang.... untuk menambah lagi pelajar di sekolah mengandung Ali Rustam ada la ...


- Mad Saad @ Kelang

1 comment:

Anonymous said...

Rujuk juga artikel ini... http://denaihati.com/valentines-day-haram
dan
http://zulmamakpng.blogspot.com/2010/02/umat-islam-haram-sambut-valentine-day.html

TKasih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive