05 March 2011

Apa yang SPR, SPRM buat? .. Haramjadah puak-puak ni ...

Dua laporan kepada SPR dan SPRM tidak langsung diberi perhatian.

KERDAU: PAS mendakwa pelbagai laporan penyalahgunaan harta dan kemudahan awam oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kerdau tidak diendahkan oleh pihak berkuasa.

Pengarah Pilhan Raya PAS Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dua laporan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak langsung diberi perhatian dan apa-apa tindakan.

“Penggunaan secara berleluasa kemudahan premis awam seperti padang awam Teluk Sentang; masjid dan sekolah rendah Batu Sawar; dewan orang ramai Felda Jengka 23; pusat jalur lebar komuniti Jengka 25, balai raya Kuala Tekal dan pejabat Felda di Kerdau.

“Terang-terangan tindakan ini bersalahan dengan Akta Pilihanraya 154, menggunakan kemudahan awam sebagai tempat operasi kempen mana-mana parti.

“Dan kami percaya mereka menggunakan tanpa permit daripada pihak berkuasa awam,” katanya dalam sidang media harian PAS di sini hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, SPR, Polis dan SPRM juga tidak mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan bantuan dan projek secara terbuka untuk mendapatkan undi kaum Cina, India dan orang Asli.

Menurutnya, Najib meluluskan peruntukan RM400,000 untuk dewan terbuka Kampung Seri Kerdau, RM150,000 untuk bomba sukarela dan RM100,000 untuk kuil Hindu.

“Perdana Menteri menjanjikan peruntukan RM9.25 juta untuk menaikkan loji air Batu Sawar,” katanya.

Berikutan itu, kata Tuan Ibrahim SPR gagal menjamin PRK Kerdau dari elemen rasuah, ugutan dan tekanan kepada pengundi.

Beliau berkata, peluang PAS menang cerah ekoran semua tempat termasuk kubu kuat Umno berjaya ditembusi. Isyarat lain kemasukan ahli Umno ke dalam PAS membabitkan 18 orang di Jengka 22 dan 30 orang dari Jengka 23.

Katanya, ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana PRK sebelum ini. - FMT
STONE ; memang haramjadah dua agensi ni - SPR dan SPRM. Kalau laporan dtg dari umno tentang kesalahan sebelah PR cepat saja hangpa bertindak, tapi dlm kes ni kesalahan di pihak umno hangpa buat tak kisah pun, Terang-terang kesalahan dah dilakukan ... betul lah korang ni barua umno ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive