09 March 2011

Melayu melarat akibat sistem ekonomi umNO BN


Fakta sejumlah RM 446 bilion hutang peribadi menjadikan Malaysia antara negara yang paling buruk di rantau Asia dalam menangani masalah pengurusan kewangan, kata Ketua DAPSY (Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik), Anthony Loke.

“Ini adalah fakta bahawa krisis ekonomi di negara kita semakin membarah,” kata Anthony.

Merujuk kepada ‘Dokumen Jingga’ yang dibacakannya, 40 % daripada rakyat Malaysia yang bekerja adalah golongan yang berpendaatan kurang daripada RM 1,500 sebulan, yang menjadikan mereko golongan paling miskin di Malaysia.

“Tiga perempat daripada keluarga yang berada dalam kategori paling miskin ini adalah keluarga Melayu bumiputera.

Manakala itu, 34 % dari pekerja Malaysia yang dianggarkan berjumlah 4 juta orang dibayar gaji kurang daripada RM 700 sebulan, satu pendapatan dibawah garis kemiskinan,” kata Anthony.

Jelas Anthony, pengagihan ekonomi yang lebih adil akan mengubah paradigma ekuiti kepada isi rumah yang kebanyakannya terdir daripada orang Melayu.

“Ekuiti 30% yang kononnya diperuntukkan kepada orang Melayu telah diseleweng.

Dalam sesi perbahasan, Anthony yang mewakili DAP menegaskan, adalah perlu bagi Pakatan Rakyat untuk menerajui pemerintahan negara untuk meluaskan konsep pentadbiran dan kesaksamaan ekonomi yang diperkenalkan.

“Dasar yang akan diteruskan adalah skim pemberian air percuma, bantuan kepada warga emas dan ibu tunggal.

“Selain itu, ada cadangan penambahan antaranya, menjelang hujung tahun hadapan, negeri Pakatan akan mempunyai perkhidmatan internet secara percuma di kawasan bandar dan separa bandar.

“Kita akan meningkatkan tawaran skim Mikrokredit dan menjamin tidak akan ada penswastaan pekhidmatan kesihatan,” jelasnya. - KeadilanDaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive