31 March 2011

Peg perempuan pun dah pandai minta rasuah - Kejayaan 1Malaysia hahaha ...

2011/03/31

SHAH ALAM: Empat sukarelawan wanita Kastam Diraja Malaysia dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen berasingan di sini atas pertuduhan meminta rasuah dan menipu, lima tahun lalu.
Norfarisha Samsudin, 32, dari Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah meminta suapan wang tunai RM4,000 daripada pemilik Syarikat Megah Stainless Steel Engineering, Wong Ying Lin, 31, sebagai dorongan untuk tidak mengenakan cukai jualan. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Megah Stainless Steel Engineering, No 4, Jalan SU, Taman Industri Selayang Utama, Batu Caves, Gombak, kira-kira 5 petang pada 21 September 2006. Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan Nor Farisha diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini untuk menyebut semula kes.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen lain, Norfarisha didakwa bersama-sama Pa'aiza Baki, 42, dari Bandar Tasik Selatan dan Noor Asmarzillah Abdullah, 32, dari Ampang, menerima suapan RM4,000 daripada Wong di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Hakim M Bakri Abd Majid membenarkan mereka masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April untuk sebutan kes.
Bagi kedua-dua pertuduhan, jika sabit kesalahan, semua tertuduh berdepan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Sementara itu, Norfarisha dan Noor Asmarzillah turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersama-sama Masitah Nasir, 30, dari Cheras, menipu Wong bahawa mereka ialah pegawai Kastam sehingga mendorong lelaki itu menyerahkan RM1,300 kononnya sebagai sumbangan iklan bagi penerbitan Buletin Kesatuan Pegawai Marin Jabatan Kastam (CAMAR).
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Megah Stainless Steel Engineering, kira-kira 11 pagi pada 8 September 2006, mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Hakim Asmadi Hussain membenarkan ketiga-tiga wanita diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini untuk sebutan kes. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive