01 March 2011

Warga Kerdau : Jangan percaya janji Najib

Jangan terpedaya janji Perdana Menteri
Muda Mohd. Noor

Najib melawat kawasan Felda di Kerdau Ahad lalu, manakala Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan dengan guru di Kerdau hari ini.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hasan Tantawi meminta pengundi Kerdau tidak terpedaya dengan janji-janji pembangunan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bila ada pilihan raya mereka datang dengan helikopter, tabur janji pembangunan bernilai berpuluh juta dan ratusan juta.

“Adakah janji-janji ini boleh mempengaruhi rakyat Kerdau? Jawabannya mungkin sebahagiannya boleh terpengaruh.

“Rakyat Kerdau sudah lama menanti pembangunan kerana diabaikan oleh BN (Barisan Nasional). Rakyat bergantung kepada kerajaan negeri dan mereka seronok apabila janji dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Di Manek Urai, di Galas mereka juga berjanji. Apa jadi dengan janji jambatan di Manek Urai?,” tanya Nasaruddin.

Beliau merujuk kepada lawatan Najib dan Muhyiddin berkempen membantu calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad menghadapi calon PAS Hasanuddin Salim dalam pilihan raya kecil Kerdau ini.

Najib melawat kawasan Felda di Kerdau Ahad lalu, manakala Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan dengan guru di Kerdau hari ini.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ada projek tidak dilaksanakan

Nasaruddin menambah, rakyat Kerdau tahu ada projek di tempat mereka sehingga sekarang tidak dilaksanakan walaupun BN berjanji setiap kali pilihan raya.

“Jadi….. perlukah rakyat Kerdau terpedaya sekali lagi?” katanya.

Beliau berkata, pelakon Bob Lokman kini menjadi permata baru bagi PAS untuk mendapatkan sokongan di kalangan pengundi muda. Pemuda PAS mengatur dua hari program untuk Bob Lokman berkempen di Kerdau.

“Beliau ada peminat sendiri dan beliau juga menunjukkan kesungguhan membantu PAS memenangi pilihan raya kecil ini,” katanya.

Bob Lokman menyertai PAS minggu lalu setelah menyerahkan borang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak - TMI
STONE: Macam biasa, depa mai dengan heli, bawa janji bawa duit, bawa segala-galanya. Ada yang bawa Milo, beg sekolah dan maaaacam-macammm ... masa ni depa tunjuk teramat baik. Tak cukup laki, bini yg katek pun turut sama. hahaha laki bini sama saja bab-bab kelentong, kencing, penipu, pembohong makcik kampong, makcik Felda. Pesanan aku pada orang Kerdau maupun Merlimau, puak-puak ni sebenarnya nak kuasa. Korang bagi saja kuasa dengan memangkah BN, depa akan buat apa saja yang depa mahu. Depa senang-senang akan naikkan harga barang, minyak, dan macam-macam lagi. Masa tu baru korang tahu sapa sebenarnya Najib Muyidin ... depa tak akan tolong lagi untuk korang beli gula minyak yang dah dinaikkan harga. Pandai-pandai lah korang nak hidup ... najib tak akan mai naik heli lagi melawat korang ... mampuihlah korang sapa suruh pangkah BN .,...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive