01 March 2011

hahaha PERKASA lawan Perkida ... mampuih pi lah


Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Jasin hari ini membuat satu laporan polis menafikan pihaknya terbabit dalam pemasangan kain rentang yang menghentam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Kain rentang itu tertera lambang Pekida dengan tulisan 'PERKASA baru setahun jagung, jangan nak jadi hero Melayu, sini Melaka bukan Kelantan'.

Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Pekida Daerah Jasin, Datuk Abdul Rahim Abu di balai polis Merlimau kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Abdul Rahim menyifatkan perbuatan itu sebagai satu fitnah untuk membangkitkan perasaan benci dan permusuhan terhadap PERKASA dan untuk melaga-lagakan ahli kedua-dua pertubuhan orang Melayu itu.

Katanya, kain rentang itu dipasang di hadapan Maybank Merlimau, hadapan stesyen minyak BHP Jalan Muar, Merlimau, Taman Debunga, di sebelah bilik gerakan pilihanraya Merlimau Timur dan di hadapan Merlimau Point.

"Pada 27 Februari lalu, lebih kurang jam 8 malam di Merlimau, saya telah dimaklumkan oleh Yang Dipertua PERKASA Melaka, Abd Rahim Osman mengenai kain rentang yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pekida dan PERKASA merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai orang Melayu dan Pribumi dan menjadikan matlamat kami
untuk menyatupadukan orang Melayu keseluruhannya. Kami bukan pendakyah. Ramai juga ahli kami dalam PERKASA.

"Kami membuat laporan untuk menyatakan fakta sebenar dan mahu pihak polis bertindak serta melakukan siasatan bagi mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab menyebar dan memasang kain rentang tersebut," katanya.

Abdul Rahim menyatakan demikian ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini. Hadir sama ialah Abd Rahim Osman serta puluhan pengikut Pekida dan PERKASA.

Sementara itu, PERKASA Melaka juga turut membuat satu laporan polis di balai yang sama.

Ketika ditemui Abd Rahim berkata, PERKASA tidak ada sebarang masalah dengan mana-mana pertubuhan dan dalam konteks hubungan PERKASA-Pekida, kedua-dua pertubuhan itu adalah saudara se-Islam.

"Matlamat kami sama iaitu untuk agama, bangsa, negara dan tanahair dan kita tidak bertentangan, kita seiringan serta sehaluan.

"Ini adalah satu usaha tangan ghaib dan satu tindakan bacul yang dianggap bagaikan baling batu sembunyi tangan.

"Ini adalah satu perbuatan yang tidak baik dan bertujuan untuk melaga-lagakan antara ahli Pekida dan Perkasa," katanya.

Laporan polis itu adalah yang kedua dibuat PERKASA Melaka sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau. Laporan pertama dibuat pada 24 Februari lalu apabila ada pihak mengedarkan risalah yang mendakwa pertubuhan itu bertindak rasis. - mkini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive