by Helme Hanafi
Ramai yang pelik tengok Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali tiba-tiba tarik hand brake kenyataannya mengenai isu hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya lelaki dalam klip video itu sah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bukan apa sebab kalau fikir logik akal, memanglah PAS yang sering heboh ia parti Islam perlu kaji semula hubungan dengan PR dan Anwar kalau sahih lelaki dalam klip video itu orang yang PAS lantik sebagai ketua pembangkang.
Sebabnya tak kan PAS nak bersekongkol dengan kemungkaran hanya semata-mata kerana kepentingan politik.
Orang ramai akan persoalkan mana dia Islam yang diperjuangkan PAS selama ini, kalau sanggup pejam mata pada satu kemungkaran semata-mata sebab nak menang pilihanraya.
Sebenarnya soalan wartawan Agendadaily dalam sidang media di ibupejabat PAS itu adalah seperti kata orang inggeris[I] natural question [/I]yang pasti menjadi pertanyaan setiap orang.
Kata orang bodoh sangat wartawan kalau tidak tanya soalan itu kerana semua orang nak tahu apa jawapan PAS. Kalau kita tengok balik video jawapan Mustapha itu, jelas apa yang dimaksudkannya.
Malah jawapan Mustapha adalah jawapan yang lojik yang juga sepatutnya menjadi natural answer.
Jelas sekali pentabir utama PAS itu tidak mahu komen berdasarkan andaian tetapi jika benar itu Anwar, PAS sebagai parti politik akan duduk bincang semula. Apa salahnya dan apa dosanya beliau bagi jawapan yang lojiknya pasti semua orang akan jawab.
Soalnya kenapa Mustapha tiba-tiba beliau kata melenting, siap ugut hendak saman media-media yang siar berita tersebut.
Sedangkan bukan sahaja media arus perdana yang siar, boleh kata semua agensi yang hantar wartawan dalam sidang media PAS pagi Jumaat lalu itu tulis benda yang sama. Ini termasuk portal portal berita pro pembangkang, sebab apa semua wartawan siar perkara sama? Sebab itulah yang Mustapha ucapkan.
Cuma mungkin Mustapha atau lebih mesra orang panggil "Cikgu Pha" baru tersedar kenyataan itu dibuat dalam sidang media mengenai Muktamar PAS yang dijadual diadakan pada Jun nanti.
Itupun setelah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali buat bising dalam twitter. Suara Azmin kira samalah macam suara Anwar. Apakah sebuah parti Islam hanya berani tunjuk hero membelasah parti lawan yakni UMNO dan BN tetapi menikus dan jadi kelam kabut mendengar suara Azmin.
Tak salah Azmin buat bising kerana menjadi tanggongjawabnya nak jaga big bosnya. Peliknya PAS kecut semua sendi dan urat saraf nak bercakap ( jika benar) ada kemungkaran depan mata.
Ada pemerhati politik yang menilai rasa seram sejuk ini timbul kerana sekarang kebetulan dekat Muktamar PAS.Kali ini ada pemilihan sekali.Semua jawatan utama parti terbuka untuk pertandingan dan mesyuarat PAS di kawasan-kawasan akan bersidang termasuk mencalonkan pemimpin-pemimpin untuk pemilihan ini.
Ada implikasi besar pada Cikgu Pha jika beliau dilihat 'anti Anwar dan PR' di musim-musim begini. Bukan saja Cikgu Pha, mana-mana pemimpin PAS pun tidak mahu dilihat begitu.
Alasannya mudah, lepas Anwar dipecat pada 2 September 1998, ramai penyokong beliau yang kecewa menyertai PAS beramai-ramai. Ketika itu belum ada PKR lagi. PKR atau dulu PKN hanya dilancarkan pada 1 April 1999.
Gerombolan pertama penyokong Anwar yang marah dengan pemecatan beliau masuk atau aktif semula dalam PAS seperti Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus bahkan Datuk Dr Hassan Ali.
Itu yang kita nampak, yang kita tak nampak, ada ribuan lagi, kebanyakkannya dari golongan profesional yang ada jiwa islam yang masuk ke cawangan-cawangan PAS di seluruh negara. Masa berlalu, selepas 13 tahun, mereka ini mula menggantikan kepimpinan PAS di cawangan dan kawasan masing-masing.
Ramai yang sudah jadi Yang Dipertua PAS Kawasan bahkan ada yang sudah masuk ke negeri juga Pusat. Dalam kata lain, gerombolan penyokong Anwar yang berada dalam PAS kini menguasai jawatan-jawatan strategik yang membolehkan mereka mengundi dan menentukan pemimpin parti itu.
Golongan ini komited dengan PR.Bagi mereka untuk PAS menggantikan UMNO tidak ada cara lain melainkan dengan PR. Rata-rata mereka yang selalu digelar 'golongan profesional' ini masih merasakan Anwar sebaik-baik pemimpin untuk 'gam' hubungan PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Golongan ini yang ditakuti oleh ramai pemimpin PAS senior macam Cikgu Pha, kerana kedudukan golongan ini makin kukuh di peringkat kawasan masing-masing. Jadi kalau Cikgu Pha, [I]react [/I]berlebihan kata kenyataannya diputar belit, kita seharusnya faham situasi beliau.
Silap cakap di musim pemilihan ini boleh jadi malapetaka kalau tak kena cara handle.
Tambah orang macam Cikgu Pha, yang orang kata, kalau bersalam dengan beliau serupa bersalam dengan Haji Hadi, lagilah susah.
Sebab itu, sebelum panjang cerita, cepat-cepat salahkan media. Lagi nampak macam serius kalau hantar surat peguam, harap-harap boleh jadi hero di masa genting begini.
- Agenda Daily
No comments:
Post a Comment