KUALA LUMPUR: Ketua Menteri sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud terlalu berkuasa di Sarawak, sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tidak mampu untuk mengarahkan beliau berundur dari jawatan itu.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Najib mengetahui bahawa rakyat Sarawak telah bangkit untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Taib yang telah merompak dan memperbodohkan rakyat Sarawak.
Menyedari hakikat itu katanya, Najib selaku pengerusi BN sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib sebelum pilihan raya negeri lagi.
Bagaimanapun kerana takut dengan ugutan jentera BN akan berada di luar kawal, Najib bersetuju Taib hanya akan berundur selepas pilihan raya negeri itu, 16 April ini.
“Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak,” ujarnya.
Badrul Hisham berkata demikian mengulas kenyataan Taib semalam, di hadapan perdana menteri yang mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi.
“Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain disamping artis – artis porpular berbangsa cina.
“Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ,” ujar Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard.
“Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain disamping artis – artis porpular berbangsa cina.
“Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ,” ujar Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard.
Mengulas lanjut, Badrul berkata, Najib semakin panik dengan jumlah kehadiran dalam kempen BN yang lebih sedikit jika dibandingkan dengan jumlah kehadiran dalam program kempen Pakatan Rakyat.
“BN terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin BN hingga lah mengagihkan ‘tupperware’ percuma selepas ucapan Najib,” kata Badrul.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11225
No comments:
Post a Comment