MEMBANTAH PENAHANAN MUHAMAD ARIF BIN ABU SEMAH DIBAWAH SEKSYEN 3 (1) ORDINAN DARURAT (KETENTERAMAN AWAM PENCEGAHAN JENAYAH 1969) DAN MENUNTUT AGAR TAHANAN DIBERIKAN RUANG UNTUK MENDAPAT BANTUAN GUAMAN
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Lawyers for Liberty (LFL), serta anggota keluarga Muhamad Arif Bin Abu Semah (19 tahun) mengecam penangkapan dan penahanan terbaru di bawah Seksyen 3, Ordinan Darurat (Kenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 yang mana membenarkan penahanan tanpa bicara selam 60 hari. SUARAM &LFL mengecam penggunaan EO atau mana-mana undang-undang yang melanggar prinsip asas hak asasi manusia, keadilan dan piawaian antarabangsa berhubung hak asasi.
Pada hari ini SUARAM & LFL bersama dengan ahli keluarga dan pihak peguam ingin membawa perhatian media berkenaan beberapa pencabulan hak asasi yang berlaku dalam penahanan ini dan memohon perhatian segera dalam isu ini.
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Pada 8.03.2011, pada pukul 5 pagi Muhamd Arif telah ditangkap oleh beberapa anggota polis yang perkenalkan diri sebagai polis dari IPD Gombak. Muhamad Arif ditahan di rumah flat kos rendah, Selayang. Anggota Polis telah memasuki rumah dan membawa keluar Muhamad Arif tanpa sebarang pemberitahuan kepada pihak keluarga sebab penangkapan Muhamad Arif. Pada pukul 9.30 pagi- Muhamad Arif telah menghubungi abangnya Aswan untuk memberitahu bahawa beliau sihat dan memberitahu bahawa beliau tidak tahu di mana beliau berada pada ketika itu.
1.2 Pada tempoh masa tersebut Muhamad Arif telah diberitahu bahawa beliau telah ditahan kerana beliau terlibat dalam kecurian motor di kawasan sekitar.
1.3 Pada masa yang semasa tahanan reman, Muhamad Arif telah dibawah secara "tukar gari" atau "roadshow" ke balai polis yang berlainan. Beliau telah dibawa dari IPD Gombak ke IPD Kepong, kemudian ke IPD Jinjang, Pusat tahanan reman Bukit Jalil dan kemudian dihantar ke Balai polis Rawang.
1.4 Pada 19 Mac 2011, pada hari yang ke-11 Arif ditahan, Muhamad Arif telah menghubungi keluarga dan memberitahu bahawa beliau telah ditahan lanjut di bawah Seksyesn 3(1) Ordinan Darurat dan akan ditahana selama 60 hari. Pada hari yang sama keluarga telah berjumpa dengan Inspektor Fadhil (012 3301110) dari IPD Gombak untuk mendapatkan sebab penahanan Muhamad Arif dibawah EO. Namun, menurut Ins. Fadhil, Muhamad Arif ditahan kerana terlibat dalam kegiatan mencuri motorsikal.
1.5 Pada 21 Mac 2011, Keluarga telah berjumpa dengan Muhamad Arif. Arif memberitahu keluarga bahawa beliau ditahan bersama dengan 6 orang lagi pada hari yang sama. Arif juga memberitahu bahawa beliau tidak bersalah namun akibat pihak polis memaksa maka, Arif telah mengaku tuduhan ke atasnya secara paksaan. Keluarga merasakan Arif berada dalam keadaan yang ketakutan dan asyik melihat pegawai polis sebelum memberitahu sesuatu kepada pihak polis. Ini telah menimbulkan kesangsian kepada ibu bapa. Maka, ibu bapa Arif bertanya berkali-kali, adakah pihak Polis telah memukulnya. Arif telah mengaku bahawa memang beliau telah dipukul dan diseksa dengan teruk. Beliau mengaku bahawa beliau telah dipukul oleh polis di bahagian kakinya dengan menggunakan kayu yang panjang dan wayar. Menurut Arif, walaupun beliau telah meminta untuk bantuan perubatan kerana kesakitan di bahagian kaki namun, permintaan beliau diendahkan sehingga hari ini.
2.0 PENCABULAN YANG BERLAKU
1. PENYEKSAAN DAN PEMAKSAAN UNTUK MENGAKU
2. RASUAH DAN PERAS UGUT
3. TUKAR GARI/ ROADSHOW
4. PENAHANAN TANPA BICARA
a. PENYEKSAAN DAN PAKSAAN UNTUK MENGAKU
Muhamad Arif yang merupakan seorang pembantu di sebuah syarikat di Segambut. Penyeksaan yang berlaku ke atas beliau semasa penangkapan adalah satu pencabulan hak asasi yang serius dan polis sekali lagi manyalahgunakan kuasa mereka dan melakukan pencabulan hak asasi yang teruk. Muhamad Arif dipukul di bahagian kaki dengan menggunakan, kayu dan wayar. Ini adalah satu pencabulan manusia yang amat teruk. Menurut piagam Antarabangsa sebarang tahanan tidak kira penjara ataupun masih berada dibawah jagaan polis harus dilayan sebagai manusia dan mereka tidak boleh didedahkan kepada sebarang keadaan yang boleh membawa penyeksaan atau torture. Kami dari SUARAM dan LFL melihat isu penyeksaan keatas tahanan khususnya tahanan yang ditahan di bawah Penahanan tanpa bicara ini adalah satu pencabulan dan penyalahgunaan kuasa yang amat teruk.
Paksaan untuk mengaku keatas satu tuduhan yang tidak berasas ini menimbulkan persoalan bahawa adakah pihak polis cuba menggunakan satu cara yang short cut di mana menahan budak-budak remaja untuk menutup kes yang kerana polis tidak mampu untuk mencari pencuri yang sebenar? Adakah Muhamad Arif dan mangsa-mangsa yang lain ini menjadi mangsa keadaan polis akibat kegagalan polis untuk mencari pesalah yang sebenar? Sekiranya pihak polis mempunyai bukti yang kukuh keatas Muhamad Arif dan yang lain mengapa mereka tidak dibawa ke Mahkamah untuk perbicaraan? Mengapa mereka dipaksa untuk mengaku satu kesalahan yang tidak dibuat?
Maka, ini jelas menunjukkan bahawa pihak polis memang mencari jalan pintas untuk mencari pesalah sebenar dan mereka tidak melakukan penyiasatan yang sebenar sebelum melakukan sebarang kesalahan.
B. RASUAH DAN PERAS UGUT
Keluarga Arif juga telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang pegawai polis yang tidak tahu nama dan pangkat serta balai mana, telah memberitahu bahawa sekiranya ahli keluarga Muhamad Arif mahukan Arif bebas maka mereka harus memberikan wang sebanyak RM 15,000 kepada pihak polis.
Kami SUARAM dan LFL memandang amat serius terhadap perbuatan pegawai polis yang tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan ugutan serta meminta wang sebanyak RM 15000 adalah rasuah dan ianya satu kesalahan yang amat berat. Malah, perbuatan polis untuk melakukan ugutan dan meminta rasuah adalah menjadi sesuatu yang amat biasa dalam sebarang penahanan tanpa bicara. Ini dengan jelas menunjukkan penahanan Muhamad Arif adalah malafide dan ianya bermotifkan jahat!
C. TUKAR GARI/ROADSHOW
Mengikut Muhamad Arif sebelum beliau dikenakan EO, beliau telah dibawa secara tukar gari ke beberapa balai polis. Beliau telah dibawa dari IPD Gombak ke IPD Kepong, kemudian ke IPD Jinjang, Pusat tahanan reman Bukit Jalil dan kemudian dihantar ke Balai polis Rawang. Proses tukar gari atau roadshow yang dilakukan oleh pihak polistelah menjadi satu lagi amalan yang semakin digunakan oleh polis kononya.
Di bawah Akta Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedure Code). Di Malaysia CPC memperuntukkan beberapa perlindungan kepada tahanan di bawah penahanan tanpa bicara apabila pihak polis dikehendaki membawa suspek yang ditahan tanpa surat perintah kehadapan majisteret dalam tempoh 24 JAM. Jika polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam maka mereka harus memohon untuk perintah reman yang lebih lama.
Namun kebanyakan masa, sebagai cara untuk mendapatkan tempoh reman yang lebih lama, maka polis akan membawa tahanan ke hadapan Majistret-majistret yang berbeza untuk melanjutkan permohonan reman kononya untuk melakukan penyiasatan yang terperinci. Taktik ini kemudian diulang beberapa kali. Tukar Gari atau Roadshow ini oleh polis untuk meneruskan penyiasatan ke atas tahanan dengan melebihi tempoh tahanan reman.
Tukar Gari ini sering dikaitkan dengan EO. Ini adalah kerana apabila polis gagal untuk kemukakan bukti ke atas tahanan selepas beberapa pusingan reman, maka mereka seringkali menggunakan EO untuk menahan tahanan selama 60 hari kononnya untuk melakukan penyiasatan yang menyeluruh.
Malah, SUHAKAM juga mengesyorkan bahawa bahagian 117 daripada CPC harus mengikut proses yang betul dimana sekiranya pihak polis gagal mendapatkan sebarang bukti terhadap suspek dalam masa 24 Jam, maka barulah proses reman boleh digunakan, itupun sekiranya pihak polis mempunyai ground yang kukuh untuk menahan seseorang.
C. PENAHANAN TANPA BICARA
Isu utama dalam undang-undang pencegahan ini adalah Penahanan Tanpa bicara. Menahan seseorang individu ataupun manusia dibawah akta-akta yang tidak memberikan peluang untuk mendapatkan perbicaraan dan proses bela diri di mahkamah adalah sesuatu yang menyalahi undang-undang Hak asasi Antarabangsa dan Hak asasi seorang manusia yang fundamental seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948; Fasal 9,10,11 dan 13 Konvenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966 Fasal 9 dan 12, Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia Fasal 12 dan Perlembagaan Malaysia Fasal 5.
Tiada seorang pun bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah adalah asas utama dalam persoalan penahanan tanpa bicara. Sekiranya ianya tidak dihormati dan dengan adanya kuasa yang berlebihan di tangan kerajaan dan polis maka, undang-undang seperti ini sering digunakan untuk mempertahankan kedudukan pihak kerajaan dan polis yang seringkali gagal untuk membuktikan sebarang individu yang ditahan di bawah akta-akta ini.
Amatlah memalukan bahawa kerajaan mengamalkan "double standards" dalam isu berhubung ISA, EO dan LLPK. Di satu pihak, rancangan untuk mengkaji semula akta-akta ini dan penahanan terbaru secara sembunyi tanpa sebarang pengumuman dibuat adalah sesuatu yang kontradik. Ini lebih kepada Retorik daripada praktikal. Amalan kerahsiaan dan tidak bermaruah yang menyelubungi Akta-akta penahanan tanpa bicara ini jelas bercanggah dengan prinsip keadilan, kebenaran dan ketelusan. Ianya sekali lagi menggambarkan citra sebenar Akta-akta ini yang sangat arbitrari dan tiada kena mengena dengan keselamatan negara.
Kami menuntut:
1. Pihak polis dan KDN untuk membebaskan Muhamad Arif bin Abu Semah dengan segera atau bicarakan di mahkamah keadilan.
2. Muhamad Arif harus diberikan bantuan perubatan dengan segera
3. Muhamad Arif dan keluarga harus diberikan hak untuk mendapatkan dan menemui peguam dengan segera.
4. Akhirnya, sebarang undang tanpa bicara seperti EO, ISA dan LLPK/DDA (1985) harus dimansuhkan dengan serta merta!
*Kenyataan media oleh SUARAM dan Lawyers for Liberty (LFL).
- Merdeka Review
No comments:
Post a Comment