Saya tercari-cari tajuk yang sesuai untuk diletakkan pada kotak kiriman berkaitan dengan berita yang disiarkan di Keadilan Daily. Menurut akhbar atas talian itu, "Siasat jam tangan, bukti konspirasi peringkat tertinggi". Saya setuju. Alasan mudahnya. Bukan jam Omega itu yang "menutuh" wanita yang dipercayai pelacur dalam video klip Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara.
Seperti yang ditegaskan oleh N. Surendran, siasatan terhadap pemilik jam tangan tersebut langsung tidak bersangkut-paut dengan laporan polis terhadap penyebar video itu yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayangkan bahan lucah.
“Kenyataan terkini polis adalah bukti kepada perkara ini. Ternyata mereka berat sebelah dan rela menjadi perkakas kepada plot politik BN,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
“Siapa pemilik jam itu tiada kena-mengena dengan siasatan polis. Kita perlu ingat bahawa siasatan polis terhadap laporan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berdasarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dan kesalahannya adalah kerana memiliki dan menayangkan bahan-bahan lucah,” tambah beliau.
Menurut N. Surendran, bukan satu kebetulan yang tidak sengaja apabila Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Acryll Sani Abdullah membuat pengumuman akan mendedahkan pemilik jam tangan berkenaan, sehari selepas wartawan Media Prima bertanya kepada Anwar mengenainya.
“Sehari sebelum pengumuman itu, satu soalan berkenaan jam Omega itu yang sudah dirancang sejak awal lagi ditanya kepada Anwar (sewaktu sidang media pilihan raya negeri Sarawak) di Kuching.
“Soalan itu tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya Sarawak atau siasatan ke atas video itu,” kata Surendran.
Selain daripada laporan polis yang dibuat oleh Anwar, siasatan terhadap jam itu juga tidak relevan untuk menjawab persoalan tentang kehadiran lelaki (terbukti tidak memakai jam Omega ketika beraksi) yang mempunyai iras Anwar Ibrahim dalam video seks konspirasi itu. Video yang menimbulkan persoalan ini boleh ditonton di sini. Agak mengejutkan, polis menyiasat jam Omega itu semata-mata kerana dakwaan Eskay. Adakah polis percaya akan kata-kata Eskay?
Pihak polis sepatutnya menyiasat dalang di balik penghasilan video itu dan mengenal pasti orang yang "melakonkan" aksi seks haram (zina), bukannya mencari helah dengan mencari pemilik jam Omega (ada jurublog membuat andaian jam Omega itu sebenarnya milik salah seorang daripada trio konspirator) semata-mata seperti diandaikan oleh banyak pihak untuk mencetuskan keraguan rakyat khususnya di Sarawak terhadap Anwar Ibrahim.
P/s: Jangan sampai orang percaya polis terlibat dalam kosnpirasi ini!!! Sehingga kini, orang tertanya-tanya pernyataan "tulen" seperti yang dihebahkan oleh KPN berkaitan dengan video itu. Apa yang "tulen"? - duniacacamarba
No comments:
Post a Comment