Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang menyoal Dr Juanda samada perjuangan berdasarkan nasionalisme dan perkauman dibenarkan dalam agama Islam.
“Di mana dalam al Quran, hadis, qias, atau ijma’ ulama’ disebut bahawa perjuangan berteraskan kebangsaan (perkauman) dibenarkan oleh Islam?
“Dr Juanda kata penentang kesatuan PAS-Umno berfikrah Khawarij, kenapa Umno tak sanggup ubah dasar perjuangan kepada Islam berteraskan Quran dan Sunnah?,” soal beliau yang dipetik dalam blog mikro Twitter.
Khawarij merupakan kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib tetapi kemudian menolak dan menentang kepimpinan beliau malah membunuhnya.
Nizar menegaskan, “Perkembar adalah parti perkauman!”
Beliau merujuk Umno sebagai Perkembar kerana singkatan Umno dalam bahasa Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
“Umno dalam bahasa Melayu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Perkembar. Kenapa tak berani sebut kepada orang Melayu gelaran itu? Kalau sebut, mereka akan tinggalkan Umno,” ujar beliau.
Beliau turut memetik ayat 103 Surah Ali Imran yang bermaksud: “Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai.”
Juanda dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia berkata pihak yang menentang penyatuan Umno-PAS adalah pengkhianat Islam dan boleh dianggap pengikut Khawarij.
“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,” kata Juanda.
Ramai pemimpin Umno termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Penerangan parti Datuk Ahmad Maslan turut mencanangkan idea penyatuan Umno-PAS sebelum ini. - FMT
2 comments:
sedor tak sedor aku dah jadi pengkhianat Islam dan termasuk golongan khawarij (kalau ikut kata mufti Perlis)...
Padahal aku kuat membenci rasuah, fitnah dan lain-lain kemungkaran termasuklah video lucah.
Alahai nasib badan.
mantibai
Cukuplah..tak payahlah nak joint dengan UMNO lagi wahai PAS.Jangan kita ditipu buat kali kedua...ketiga dan seterusnya.Biarlah UMNO dengan cara hidupnya.Kalau dia tak mahu kepada ISLAM biar dia terus berjuang dengan semangat KEBANGSAANnya .Dah nama pun UMNO.Dia tak kan berubah dari DULU, KINI dan SELAMAnya.Ayuh PAS...kita mara ke depan..tinggalkan puak-puak munafik nih....
Post a Comment