10 May 2011

Islam bukan Agama Rasmi, tidak termaktub dalam Perlembagaan - Majlis Peguam

KUALA LUMPUR: Seorang peguam mendakwa, Islam bukan agama rasmi Malaysia kerana klausa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Persekutuan Majlis Peguam, Syahredzan Johan mendakwa, Perlembagaan Persekutuan tidak pernah mencatatkan bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini.

Mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa terdapat usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi menggantikan Islam, beliau berkata bahawa akhbar berkenaan telah mentafsirkan Perlembagaan secara salah yang dianggap berbahaya yang boleh menimbulkan ketegangan agama di Malaysia

“Dalam terma Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama untuk Persekutuan, bukan rasmi atau tak rasmi. Hal ini jelas dalam Perlembagaan, Islam bukan agama rasmi," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa, lapor The Malaysian Insider.

Syahredzan memetik Artikel 3 bahawa “Islam adalah agama Persekutuan; tetapi agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni dalam mana-mana bahagian Persekutuan dan menekankan tiadanya perkataan 'rasmi' dalam mana-mana peruntukan.

Katanya, seksyen berkenaan mestilah dibaca bersama Artikel 11yang menyatakan "Setiap orang berhak untuk mengaku dan mengamalkan agamanya sesuai dengan Klausa (4). - mStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive