Fakhri Ali
Mereka juga tidak merasa malu apabila cerita-cerita aib yang memalukan itu didedahkan kerana beranggapan ia adalah suatu perkara biasa dan lumrah.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau di Dewan JKKK, Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, malam tadi.
Katanya lagi, sepatutnya Umno sudah diarkibkan sebagai khazanah sejarah negara, setelah mereka tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Beliau menambah, berdasarkan kepada sejarah, telah terbukti Umno dan BN sudah sampai ke tahap bankrap kerana ketandusan modal untuk berpolitik.
Akhirnya, kata beliau isu jijik, rendah moral, celah kain dan seumpamanya dijadikan bahan utama bagi media arus perdana mereka tanpa mempunyai rasa malu sedikit pun.
"Inilah akibatnya apabila pemimpin dan parti yang meletakkan perjuangan Islam di belakang dan memartabatkan sekularisme sebagai paksi.
“Akhirnya politik negara kelam kabut, rakyat bercelaru dan tidak hidup dalam aman dan harmoni, " tambahnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena. HD
2 comments:
PIMIKIRAN ANDA TERSANGAT DANGKAL DAN PENGECUT. KENAPA ANDA SEBAGAI AHLI PARLIMEN YAGN DIKIRA MATANG PIKIRAN TIDAK MAHU MENGAKUI BAHAWA PELAKU ITU ADALAH ANWAR IBRAHIM.? ANDA SENTIASA MENYALAHKAN ORANG LAIN TERUTAMA UMNO PERTI PERJUANG ISLAM YANG TELAH MEMBINA DAN MEMARTABATKAN AGAMA HINGGA NEGARA KITA DIREDHAI ALLAH. INSAF LAH WAHAI MAHFUDZ. PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA. BLOG AUTHOR INI JUGA ADALAH BAPA SEGALA PENGECUT TIADA TELOR HAMBA KEPADA KECURANGAN DAN KEBACULAN PELACUR POLITIK,TIDAK BERANI MENYIARKAN KOMEN YANG BERLAWANAN PENDAPAT MEREKA. CONTOHI LAH FB DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK, RAMAI KOMUNIS BERMAHARAJALELA MENGHINA DAN MENGUTUK DALAM WALL BELIAU. JANGAN PENGECUT BACUL YER
Anonymous May 2 8.44pm
Cerminlah diri dulu. Mengata orang engkau yang lebih. Tabiat pencacai UMngok pada tahap hampasss!!! Engkau bacalah sahaja blog2 pencacai UMngok agar engkau puas sepanjang hayat.Engkau memang buta hati, tidak pernah nampak celanya UMngok setelah 53 tahun memerintah. Buang masa bersembang dgn engkau.
Post a Comment