20 May 2011

Menjual kopi mengandungi galetin babi - 3 pengarah Kluang Rail Coffee didakwa

 KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.

Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.

P/s: Boikot sampai matilah kedai kopi ini! Sesiapa yang telah minum kopi BABI ini, sila ambil pengajaran. Lain kali pastikan status halal sesebuah kedai makanan. Pihak berkuasa pula perlu mengambil tindakan tegas kerana sudah beratus tahun penduduk bukan Islam tinggal di sini, adakah mereka masih belum tahu halal/haram makanan orang Islam?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive