17 May 2011

Santai : Kahwin 4 - Ikut sunnah atau miang?

by Kak Pornah

Baru-baru ini isu kahwin empat bertandang kembali di dada-dada akhbar dan televisyen ekoran pendedahan seorang pelakon, pelawak, penyanyi dan juga penyampai radio yang mahu cukupkan kuota beristeri empat! Siapa lagi kalau bukan Salleh Yaakob atau Abg Jem yang popular dengan tag line ‘i follow’ di radio Sinar fm. Seperti yang umum sedia maklum, Salleh bakal menyunting seorang gadis muda berusia 24 tahun yang juga merupakan mahasiswi UiTM sebagai isteri keempat beliau! Hebat sungguh demo!

Kak Pornah tak nak panjang cerita tentang isu Abg Jem nak kahwin empat. Cuma, Kak Pornah secara tiba-tiba rasa tertarik untuk berkongsi pendapat perihal isu yang satu ini. Kahwin empat bukanlah sesuatu yang pelik untuk diperkatakan dalam masyarakat kerana fenomena ini telah lama berlaku. Sementelah, ia juga bukan sesuatu yang haram atau pun salah di sisi agama. Islam itu sendiri membenarkan seorang lelaki untuk beristeri lebih daripada satu jika berkemampuan dan cukup syarat dalam melaksanakan tanggungjawabnya! Namun, persoalan yang timbul di sebalik lampu hijau untuk beristeri empat seringkali diutarakan oleh masyarakat.

Kahwin untuk ikut sunnah atau disebabkan hawa nafsu yang gatal miang keladi? Pertamanya, Kak Pornah cuba nak faham jawapan favourite kaum adam yang mahu beristeri empat iaitu ‘nak ikut sunnah’. Alhamdulillah, sejuk hati isteri-isteri di luar sana bila suami sebut nak ikut sunnah. Mungkin dah terbuka hijab untuk sang suami berubah menjadi insan yang lebih baik tambahan pula apabila umur ibarat “rumah kata pergi kubur kata mari”! Tapi bila ditanya sunnah yang mana satu, rupa-rupanya sunnah yang ‘ini’! Banyak-banyak sunnah, kenapa sunnah yang ni jugak jadi pilihan cik abang? Apa sunnah yang lain tu kurang pahala ke bang?

Kenyataan klise yang sering keluar daripada mulut kaum hawa “bab kahwin empat, pandai pulak orang lelaki ni nak ikut sunnah. Sentuh bab agama yang lain, HAREMM”. Begitu lah senario biasa yang berlaku bila sang suami menyatakan hasrat untuk menambah cawangan. Yang si isteri, mahu atau tidak kenalah terima. Dah memang tertulis seorang lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu, dua dan tiga! Korang tak nak ke ganjaran payung emas di akhirat nanti?

Kak Pornah secara kasar berpendapat, jika benar lelaki itu berkemampuan dari segi material, mental dan fizikal memang ada logiknya mereka beristeri empat. Tak kiralah mereka cakap nak ikut sunnah atau dah memang gatal nak kahwin lain asalkan segala keperluan makan, pakai, tempat tinggal dan belanja isteri-isteri terbela. Paling utama sikap adil dan tidak pilih kasih tu yang wajar diterapkan. Jika segalanya diurus tadbir dengan oleh nakhoda yang betul, maka lancarlah bahtera yang dibina.

Namun yang sering jadi masalah, mereka yang berkahwin empat ni sekadar nak penuhi tuntutan nafsu semata. Pantang nampak perempuan, semua nak dibuat bini. Buat lelaki-lelaki di luar sana yang berkeinginan beristeri empat, cermin-cermin diri dulu. Mampu ke tidak korang nak bukak empat cawangan? Jangan disebabkan dek hawa nafsu, anak dara orang korang abaikan. Selalu je terjadi,belum dapat bukan main lagi berjanji bulan dan bintang, bila dah dapat, tahik bintang pun tarak!

Buat yang berharta mungkin ada ampun lagi, buat yang tak berduit tapi bernafsu besar nak beristeri banyak itu memang masalah besar. Dah la anak-anak tak cukup kasih sayang, kemudian keperluan turut sama terabai. Justeru, tak mustahil ia boleh mengheret kepada gejala sosial yang lebih membarah. Perkara-perkara seperti ini tak boleh dipandang enteng. Institusi kekeluargaan yang kukuh mampu membina generasi yang cemerlang dan berguna pada masa akan datang. (serius ni!)

Buat kaum hawa yang bercadang nak hidup bermadu pula, tak perlulah Kak Pornah nak tanya lebih-lebih soal dalam kain atau rumahtangga kat korang. Cukup setakat soalan mudah tuk korang pikir. Pertama, korang sanggup ke lihat suami korang dipeluk, dibelai manja oleh perempuan lain? Kedua, sanggup ke nak tengok insan yang pernah berjanji untuk sehidup semati dan sentiasa ada di samping korang saat suka dan duka, berjimba dengan perempuan lain? Ketiga, anak-anak korang nanti macam mana kalau bapak hanya seminggu sekali balik rumah jenguk mereka?Tu belum masuk bab hari raya? Jangan mimpilah nak beraya bersama tiap tahun Cik Kak oi!

Mungkin wujud isteri-isteri taat yang ikhlas malah terbuka hati untuk menerima kehadiran insan kedua, ketiga malahan keempat dalam rumah tangga yang dibina, namun mahu mangaku atau tidak ia hanya indah luaran daripada cerita sebenar. Bohonglah kalau sekelumit rasa cemburu pun tak bersarang di hati. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak hati manusia yang sering diuji dengan pelbagai gelodak rasa.

Bukan semua perempuan dikurniakan kekutan untuk hidup bermadu. Hanya mereka yang tabah dan cekal hati je yang mampu nak hadapi semua ni. Oleh itu, fikir masak-masak sebelum buat keputusan yang mungkin akan ubah 360 darjah daripada kehidupan sebenar korang sekarang. Lelaki pula diharap janganlah menabur janji atau kata-kata manis bagi memancing hati wanita yang sememangnya rapuh dengan pujuk rayu anda! Jaga-jaga, dalam manis madu terselit pahit hempedu! - malaysiandigest

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive