15 May 2011

Umno halalkan apa saja

SELAYANG, 15 Mei: Pemimpin Umno dilihat dalam keadaan kegilaan sehingga menghalalkan apa sahaja cara yang patut dilakukan untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Pekara ini telah terbukti apabila Umno dengan kerja gilanya sekali lagi mengedar risalah fitnah dan video lucah yang kononnya perlakunya adalah Anwar Ibrahim sewaktu di program ‘Munajat Rakyat Menolak Fitnah’ anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Selayang malam tadi.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Hal ini secara jelas dan keji tindakan yang dilakukan Umno untuk menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.
Beliau juga turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Umno yang mengedarkan VCD rakaman lucah itu untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim dan kerajaan Negeri Selangor.

Beliau juga menyifatkan penyebaran risalah fitnah dan video lucah itu sebagai tindakan yang bodoh dan kerja gila serta tak patut dilakukan semata-mata cara untuk menjatuhkan dan mengaibkan seseorang yang belum didapati bersalah dengan tuduhan yang dilemparkan.

Tegas beliau lagi dengan rasa kesal, “Kita nak jadikan Selangor ini negeri membangun, mewah dan dirahmati Allah tapi Umno bawa VCD tak guna ini, kalau nak tolong rakyat, selesaikan masalah rakyat."

Sebaliknya, tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor akan bekerja kuat bagi memastikan nasib rakyat di negeri itu terbela.

“Saya tidak ada masa untuk VCD buruk ini, saya akan terus bekerja keras untuk bantu rakyat.

“Rakyat pilih kita untuk buat perubahan dan ini yang akan kita buktikan,” katanya di hadapan lebih lima ribu hadirin yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum untuk memberi sokongan penuh terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Pekara ini juga telah menuntut tokoh ulama dan sarjana Islam dari Syria Dr Sheikh Wahbah Az Zuhaili yang sanggup terbang untuk memberi tarbiah supaya menghentikan politik fitnah dan keji yang dilakukan oleh Umno.

Dr Sheikh Wahbah Zuhaili dalam ceramahnya selepas mengimani solat Isyak berjemaah dan solat hajat bersama untuk memberi sokongan kepada pimpinan Pakatan Rakyat itu berpesan kepada hadirin "Dengan iman yang tetap di hati dan jiwa serta istiqamah dalam berdoa dengan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya, maka usaha kita lakukan akan membuahkan hasil."

Anwar Ibrahim dalam ceramahnya turut melahirkan rasa sedih dan kecewanya dengan tindakan Umno yang tak habis-habis untuk mengenakan beliau sejak beliau keluar daripada parti tersebut.

Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional sudah membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkannya dan mengekalkan kuasa mereka termasuk 'merampas' semula Selangor.

Beliau menambah lagi, konsep 'merampas' yang digunakan oleh Umno adalah dengan menghalalkankan apa saja cara samaada yang haram, cara yang gila, cara yang melanggar hukum Islam asalkan matlamat mereka tercapai.

Katanya lagi dengan nadanya yang mula bersemangat menjelaskan "Subsidi rakyat ditarik, subsidi rakyat diberikan kepada tauke judi, harga gula dan minyak naik, inilah yang dilakukan oleh penyagak Umno."

Kata-kata Anwar disambut sorakan penuh dan tepukan gemuruh hadirin yang hadir.

Suasan mula berubah menjadi ceria,"Dalam pada Umno dan Barisan Nasional bercakap soal moral dan akhlak pemimpin, mereka sendiri tidak menjaga adab dan akhlak sehingga sanggup mengaibkan orang lain.

"Pemimpin Umno nak cakap soal akhlak dengan kita? Apa hukumnya sebar video lucah kepada umum?

"Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula," sinis beliau yang mula tampak tenang dengan ucapannya. - HD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive