KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Malta.

“Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih,” kata Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution pada sidang media di ibu pejabat Keadilan.
Misteri tersebut sebelum ini didedahkan Pengarah Uruseti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel. Ia berikutan penemuan bayaran e-tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.
Dalam sidang media hari ini, Saifuddin turut mendedahkan individu terbaru yang dipercayai berperanan dalam urusniaga pembelian kapal selam, iaitu pengarah Perimekar Sdn Bhd, Tan Sri Nordin Wok Kamaruddin.
Nordi juga dikatakan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan yang turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Saifuddin berkata, maklumat itu dibocorkan oleh kabel diplomatik Wikileaks melalui pendedahan Kedutaan Amerika Syarikat.
“Nordin adalah watak penting sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika urusniaga itu dilakukan pada tahun 2002.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14604
No comments:
Post a Comment