Sejak awal pagi tadi, sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan tidak dapat dilayari kerana diserang oleh pengodam yang membalas tindak kerajaan menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail.
Bermula jam 3.30 pagi tadi pengodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.
Tinjauan Malaysiakini pada jam 7 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.
Laman lain adalah Pelancongan Sabah, Asean connect, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perbendaharaan, Parlimen, Jobs Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Majlis Sukan Negara.
Laman rasmi Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) juga dilaporkan digodam malam tadi. - Mkini
[Berita penuh menyusul]
No comments:
Post a Comment