02 July 2011

BERSIH 2..0 - 14 ditahan polis di Alor Setar

ALOR SETAR, 2 Julai — Seramai 11 lelaki dan tiga wanita ditahan di sini pagi tadi kerana didakwa bersubahat untuk cuba menghasut orang ramai menyertai Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur hujung minggu depan.

Kesemua mereka ditahan pada kira-kira pukul 9.30 pagi ketika cuba mengadakan sidang media bagi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan tersebut dan membantah tindakan polis menahan aktivits Bersih di sebuah restoran di Pekan Koboi di sini.

Laporan Berita Harian menyebut antara mereka ditahan ialah Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Suraya Hashim; Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR negeri Gooi Hsiao Leung dan Ketua PKR Cabang Kulim-Bandar Baharu Saari Fadzil Hud.

Menurut Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, semua mereka ditahan ketika cuba mengadakan sidang media bagi menyeru orang ramai supaya menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang tidak mempunyai permit.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 108 Kanun Keseksaan kerana bersubahat untuk mengadakan perhimpunan tidak sah dan Seksyen 27 Akta Polis kerana berhimpun secara haram

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive