03 July 2011

BERSIH 2.0 : Erti ancaman atas Ambiga -

OLEH : Subky Latif

July 03, 20113 JULAI — Jisteru peguam Ambiaga yang mengepalai rapat perarakan Bersih bertegas untuk meneruskan perhimpunan 9 Julai ini, maka dia dan rakan-rakannya menerima ugutan mengancam keselamatan jiwa melalui SMS yang tidak dapat dikesan pengirimnya.

Dia juga menerima isyarat berupa amaran dari polis jika bertegas untuk meneruskan juga rancangan turun padang itu.

Macam-macam tafsiran boleh dibuat dari isyarat polis itu, seperti suasana menuju kearah negara polis atau polis bertindak berlebihan atas nama menjaga keselamatan. Apa pun polis adalah bertanggungjawab menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Apa pun tindakan polis adalah dalam lengkongan peruntukan undang-undang tidak kira apa jua bentuk undang-undang itu disenangi oleh keadilan atau sebaliknya. Isyarat itu dapat diketahui dari siapa, iaitu dari polis. Maka ada akauntibilinya yang boleh didebatkan.

Ada pun SMS ancaman terhadap peguam Ambiaga dan beberapa lagi dari siapa? Belum dan tiada dapat dikesan pengirimnya. Hanya bergantung kepada kecekapan polis bagi mengesannya. Dan tentulah ia satu lagi ujian kepada kecekapan polis kita dan menambah lagi kerja polis.

Apa pun ia adalah reaksi dari mereka yang tidak senang dengan hasil positif gerakan turun padang itu. Objektif Bersih adalah ditujukan kepada SPR, kepada kerajaan, kepada UMNO dan kepada Perdana Menteri Najib.

Ia menuntut supaya dilakukan reformasi terhadap perjalanan pilihan raya supaya ia telus, bersih dan adil.

Semua reaksi yang tidak seronok dengan cadangan rapat turun padang Bersih itu adalah bagi membela SPR, membela kerajaan, membela UMNO dan membela Perdana Menteri Najib. Kejayaan Bersih itu nanti sudah tentu menguji wibawa dan nasib Perdana Menteri Najib.

Adalah biasa apabila ada aksi, nescaya adalah reaksi. Pengirim SMS sama ada bertujuan main-main atau bersungguh, tetapi ia dilihat serius.

Sama ada ia dibuat oleh orang gila atau penyokong tegar UMNO atau orang bebas yang tidak mahu kekacauan, maka anggapan mudah dan senang terhadap SMS itu adalah bagi mempertahankan kuasa UMNO dan kuasa kerajaan yang ada.

Yang paling susah hati dengan kesan dan kejayaan Bersih itu nanti ialah UMNO. Juka SPR dapat dibebaskan dari UMNO/BN dan kerajaan, maka yang terancam ialah UMNO.

Maka pihak yang terpaksa menerima tanggungjawab dari ancaman SMS itu ialah Najib dan UMNO.

Tidak penting apakah Najib dan UMNO tahu atau tidak cerita pengiriman SMS itu, tetapi ia datang dari pihak yang membela SPR, UMNO dan Najib. Maka natijah dari kejadiaan pergi kepada UMNO dan Najib.

Boleh jadi SMS itu dibuat oleh pihak ketiga yang bertujuan bagi mengapi-apikan antara Bersih yang disokong penuh oleh pembangkang khususnya Pakatan Rakyat supaya berlaga terus dengan kerajaan Najib dan UMNO. Bukan mustahil musuh dan batu api mengambil kesempatan bagi menegangkan lagi keadaan.

Apa pun perbuatan itu seperti memihak kepada Najib. Maka Najib terpaksa menerima tempelak dan tohmah daripadanya.

Amat malang bagi Najib dan UMNO terpaksa menerima tempelak atas kejadian yang dia dan sekutunya tidak lakukan. Tetapi itu risiko dan beban yang terpaksa dipikul oleh ketua kerajaan dan ketua parti yang memerintah. Apa saja yang berlaku dalam negera, beban dan pertanggungjawaban itu terpaksa dipikul olehnya.

Amat malang juga jika ia dibuat oleh seorang UMNO yang sayang kepada partinya, kepada Najib yang memimpin partinya dan dia adalah penyokong tegar parti dan Najib, maka ia dilakukan atas tujuan membela dan mempertahankan parti, kerajaan dan Najib.

Sekali pun ia adalah bagi mempertahankan Najib dan partinya, tetapi dengan membuat SMS mengugut Ambiaga itu, adalah tindakan yang tidak betul dan salah. Ia menyusah dan menambah beban Najib.

Apabila ia dirasakan dibuat oleh UMNO, maka ada yang akan berfikir, bahawa begitu sekali teruknya UMNO hingga ia sanggup mengancam keselamatan orang yang tidak sealiran dengannya.

Kemungkinan perhimpunan besar-besaran Bersih itu akan menimbulkan huruhara dan penyusahkan adalah satu pandangan yang bersifat kebarangkalian.

Belum tentu persepti itu berlaku.

Jika betul negara ini aman, rakyatnya terbuka dan bertoleransi, bertamaddun, berpegang kepada amalan demokrasi, dan kerajaannya disokong penuh orang rakyat, maka tiada apa yang dibimbangkan dengan demonstrasi aman. Apa lagi ia dijaga oleh polis yang cekap bertaraf dunia dan kerajaan yang pintar yang berfikiran maju, maka tidak wajar panik dan gelabah atas amalan yang biasa dalam masyarakat dan negara maju.

Tetapi bagi negara dan masyarakat yang bertaraf konggo dan gurka, tidak sedia membiarkan tunjuk perasaan aman. Ketakutannya lebih teruk dari hasil tunjuk perasaan itu.

Jika pengirim SMS itu bagi memela dan menyokong Najib, ternyata tindakan itu betul-betul seperti pribahasa sokong membawa rebah.

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO nampak kesan nagatif dari SMS itu, maka ada juga SMS sama mengugut keseslamatannya dan rakan-rakannya. Ia ada satu perang saikologi terhadap penganjur Bersih dan pembangkang. Seolah- olah penyokong pembangkang pun sama gila dengan pengampu kerajaan.

Itu yang dapat difahami atas SMS beracun itu.- TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive