Kalau hang minta polis keluarkan rakaman video tu, dah tentu lah depa tak tunjuk babak-babak depa 'jahat', dah semestinya lah yang depa baik saja. Sama juga lah kalau minta Utusan atau Berita keluarkan gambar dan tentu depa keluarkan yang "baik-baik' saja. Din ai cuba hang minta dari AlJazeera, tgk macamana gambar depa, baru boleh percaya.
Macam KPN kata baru ni, depa tak tembak air/gas ke Tung Shin Hospital, tapi lepas tu macamana pula ada macam-macam gambarnya? Tak kan gambar palsu kot? Dan seterusnya doktor-doktor senior TSH keluarkan kenyataan yang mengatakan MEMANG POLIS TEMBAK AIR/GAS ke arah TSH .... macamana tu Din?
So apakah boleh percaya rakaman yang bakal dikeluarkan oleh polis nanti? Atau nak percaya rakaman AlJazeera?
Din pikiaq la betoi2, jangan nanti orang gelak jer kat sorang TPM ....
Masih nak kata polis betui juga ?????????????????
Aku heran sungguh la kat puak-puak ni, kalau juak-juak depa buat semua betoi .....
Kalau pihak pembangkang buat SEMUA tak betoi ....
Apa nak jadi la kat hampa ni Din?
Nak jadi kerajaan yang kuat kencing, putaq alam, penipu, ?
Hampa akan dapat sakit dalam PRU 13 nanti .... hampa ingat tu Din ... jangan dok riak sangat
Nak jadi kerajaan yang kuat kencing, putaq alam, penipu, ?
Hampa akan dapat sakit dalam PRU 13 nanti .... hampa ingat tu Din ... jangan dok riak sangat
Rakaman Video Perhimpunan Haram Perlu Disiar Segera Tangkis Tohmahan Pembangkang:Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Polis perlu segera menyiarkan rakaman video mengenai usaha mereka menangani perhimpunan haram 9 Julai lepas yang boleh menjadi bahan bukti untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa polis bertindak ganas.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis perlu bertindak pantas memandangkan media alternatif dan penulis blog pro pembangkang telah memainkan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan.
"Jadi, untuk nak patahkan pembohongan dan putar belit pembangkang, polis sudah bersedia dengan bahan-bahan bukti, baik rakaman video, kenyataan umum dan sebagainya, eloklah dikemukakan supaya rakyat dapat menilai siapa di pihak yang benar," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra ke Pasar Raja Bot di sini, Ahad.
Beliau berkata rakyat pula tidak sepatutnya mendengar dari sebelah pihak sahaja, sebaliknya perlu membuat penilaian sewajarnya terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menangani suasana ketegangan yang dicipta oleh sekumpulan manusia dalam perhimpunan haram itu.
Pada Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti yang kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan haram Sabtu lepas, termasuk rakaman sepanjang perhimpunan haram itu.
Muhyiddin berharap apa yang disebutkan oleh Hishammuddin itu dapat dilakukan dengan segera oleh polis memandangkan mereka "tahu apa yang diputar belitkan oleh pembangkang dan kita juga sudah menjangkakan apa yang akan dilakukan oleh pembangkang."
Muhyiddin turut meminta supaya rakyat memahami serta menghargai tugas polis dalam menangani situasi bagi menghalang perhimpunan itu daripada berlaku seperti kesesakan lalu lintas atau langkah-langkah lain yang diambil demi menjaga keselamatan rakyat di negara ini.
"Rakyat mesti faham bila mana polis berdepan dengan situasi segerombolan yang sebegini, mereka mesti menangani secara bijaksana. Apa yang dibangkitkan oleh pembangkang dan banyak media alternatif, Youtube dan sebagainya adalah gambaran kezaliman.
"Mereka hanya ambil gambar seolah-olah ketika polis bertindak tapi tidak mengambil gambar sebelum perkara ini berlaku yang mungkin sudah ada provokasi, baling batu, menjerit-jerit nak tunjuk begitu hebat mereka dengan pihak berkuasa polis. Mereka manusia, polis pun manusia juga. Yang penting mereka (polis) telah mengamalkan satu disiplin yang cukup di mana mereka bertahan sedangkan boleh bertindak lebih," katanya.
Katanya, rakyat juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa yang disiarkan atau dibaca di dalam blog-blog berkenaan sebaliknya perlu meneliti apa sebenarnya yang berlaku khususnya mengenai tujuan atau tuntutan awal Bersih yang kini sudah beralih kepada isu lain. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment