04 July 2011

BERSIH 2.0 : TANGKAPAN TERBARU - Zulhaidah Suboh Exco AMK dan sepasang suami isteri di Alor Setar

(Oleh: Masdar Wahid)

KUCHING: Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Kuching tengahari tadi kerana memakai Baju Bersih, sekaligus merupakan tangkapan pertama di Sarawak.

“Saya ditahan sebelum penerbangan saya dari Kuching ke Miri dan alasan pengakapan itu kerana saya berpakaian Bersih di bawah Akta polis Seksyen 27, kata polis itu kepada saya.

“Antara 10 hingga 15 Pegawai Polis berpakaian biasa bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan saya seorang,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Beliau yang ditahan di balai polis lapangan terbang Miri dan dihantar ke balai Polis di daerah itu akan diwakili peguam, Majen Panyuk.

Zulhaidah yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Miri berkata, ketika ditahan polis turut menggeledah beg pakaian beliau.

Beliau percaya, penahanan itu ada kaitan dengan cadangan Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal mengadakan himpunan aman di tiga lokasi di semenanjung Malaysia selain di Sabah dan Sarawak 9 Julai ini.

Tangkapan hari ini merupakan yang pertama di negeri itu di mana dua hari sebelum itu, Exco AMK Pusat, yang juga anak kelahiran Sabah bersama enam yang lain di tahan di Kota Kinabalu pada 2 Julai lalu.


Manakala di Alor Setar ...

Suami isteri ditahan polis kerana memiliki kemeja-T Bersih

ALOR SETAR - Seorang lelaki dan seorang wanita berumur 51 dan 48 tahun, yang dipercayai suami isteri, ditahan polis kerana memiliki lima helai kemeja-t Bersih dalam sekatan jalan raya di Jalan Kubang Rotan-Kuala Kedah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata, ketika ditahan polis pada kira-kira pukul 9.05 malam Sabtu lepas, kedua-dua suspek menaiki kereta jenis Proton Wira dan semasa pemeriksaan, polis menjumpai lima helai kemeja-T Bersih dalam kereta berkenaan.

"Saya difahamkan mereka adalah pasangan suami isteri. Mereka ditahan mengikut Akta Pertubuhan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive