“Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat.
Demi rakyat, saya sayangkan negara saya. Demi rakyat, saya mahu PM letak jawatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau bersama enam ahli AMK yang lain ditahan di KL Sentral semalam kerana dikatakan cuba menyampaikan memorandum kepada Najib.
Bagaimanapun, Mohd Fareez menegaskan beliau bukan seorang teroris.
“Susulan laporan penahanan saya dan aktivis Bersih lain sehingga tempoh 24 jam ini saya telah diserang hebat di twitter, facebook dan blog pro-Umno bahawa kononnya saya ditahan kerana cubaan mensabotaj program edaran Jalur Gemilang.
Tentera upahan Umno
“Malah ada yang melampau sehingga mendakwa bahawa saya merancang mahu mencedera dan membunuh Perdana Menteri hanya kerana kapasiti lain saya sebagai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM).
“Ingin saya ingatkan kepada tentera media upahan Umno dan Najib, hattaPapa Gomo sekalipun, bahawa jika Najib terus-terusan menipu, menindas dan membuli rakyat, bukan sahaja rakyat akan menolak beliau dan Umno-BN pada PRU13 kelak, malah tidak mustahil ada yang akan sanggup membunuhnya juga nanti.
“Maka, demi memelihara keselamatan PM, saya menggesa agar seluruh jentera Umno jangan mencabar kesabaran rakyat lagi,” katanya.
Mohd Fareez berkata, penahanan semalam juga menggambarkan seolah-olah beliau dan aktivis lain umpama pengganas di negara ini.
“Hanya sebuah kerajaan yang bersalah pada rakyatnya sahaja akan takut berhadapan dengan rakyatnya,” tambahnya. -FMT
1 comment:
tahniah PRAMM, semuga perjuangan anda mendapat ganjaran dpdNya.
bala Allah itu ditahan selama mana ada golongan yg bernai berkata benar dihadapan pemimpin yg zalim.
yg mengundang bala Allah ialah org sekeliling najib yg menjadi Karun dan Haman yg menjilat dan menyokong kezaliman, sepatutnya menegur najib.
umno pandai meluaskan perkataan jihad, konon bukan makna kekerasan dan perang tetapi ada juga jihad ekonomi.
maka mengapa perkataan REVOLUSI difahamkan dgn sempit hanya peperangan dan kekerasan saja? ada juga revolusi ekonomi dan politik kan?
Post a Comment