PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, perhimpunan jalanan mungkin tidak berlaku lagi kerana tidak mahu apa yang berlaku di Mesir atau Syria berlaku di negara ini.
“Kami ni masih cintakan Malaysia. Dan apa pun masalah yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN), bila kami menang, tentu kami yang akan mewarisinya.
“Semangat kami adalah semangat memperbaiki keadaan,” katanya dalam temubual dengan akhbar Jawa Pos.
Beliau ditanya mengenai perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur Sabtu lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.
Kata Nurul Izzah, anak sulung pemimpin pembangkang utama Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya memang melihat proses transisi di Indonesia, Mesir dan beberapa negara lainnya.
“Kami mengambil pelajarannya. Tapi, penerapannya di Malaysia akan kami sesuaikan sendiri,” tegasnya.
Tetapi Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya memang tidak ingin kehilangan momentum rakyat dari perhimpunan tersebut.
Kekalkan momentum
Beliau akan menyegerakan bertemu dengan para pemimpin lain untuk membincangkan bagaimana hendak mengekalkan momentum rakyat itu.
“Ini momentum yang sangat berharga dan sudah ada kemalangan jiwa (kematian) Baharuddin (Ahmad). Kami tak menyia-nyiakannya.
Program ceramah, sokongan di internet, akan kami imbangi juga dengan aksi demonstrasi. Tapi ingat bahwa tetap yang kami depankan adalah ‘peaceful rally’ (aksi damai),” katanya.
Nurul Izzah meyakinkan masyarakat Malaysia akan meneruskan perjuangan dan tidak akan berhenti hanya setelah diberi janji-janji.
“Not enough.” Harus ada bukti kukuh bahawa pelaksanaan pilihan raya nanti terjamin kebersihan dan keadilannya,” tambahnya.
Beliau berkata, beliau dan warga Malaysia menuntut perubahan sistematik di bidang politik Malaysia, terutama dalam hal pilihan raya.
Tuntutan ini, katanya bukan tuntutan yang mengada-ada kerana orang tahu bahawa pilihan raya di Malaysia kurang adil - FMT
1 comment:
Memang rakyat tak ingin apa yang berlaku di Mesir atau Libya berlaku di Malaysia tapi UMNO tidak bijak membaca politik. Kita nak tumbangkan UMNO/BN secara gentleman melalui peti undi, tapi UMNO degil tak mahu buat reformai pilihanraya. Pilihanraya berat sebelah. UMNO harus sedar bahawa kesabaran rakyat ada hadnya. Maka UMNO jangan cari sakit. Bertindak bijak dan berkerjasama dengan rakyat untuk kesejahteraan negara. Janagn amgkuh dan ikut jejak iblis. Ambil pelajaran dari politik negara maju. Kerajaan jatuh dan bangun tanpa huru-hara. Ambil comtoh Jepun atau Amerika Syarikat. Tapi UMNO takut hilang kuasa. Kenapa takut? Ada buat salahlah tu.
Post a Comment