26 July 2011

Kes Teoh : Nazri setuju debat dengan Kit Siang

by Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Lim Kit Siang berhubung hasil siasatan suruhanjaya diraja mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Menerusi pegawai medianya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu (gambar) yang kini berada di London berkata, beliau akan menerima jemputan Lim tetapi meminta penasihat DAP itu agar berdebat dengannya selepas bulan Ramadan.

Dalam tulisan blognya semalam, Lim mengecam Nazri atas kenyataannya bahawa suruhanjaya diraja telah membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada tuduhan membunuh dan oleh meminta menteri itu menjustifikasikan pendiriannya.

Sehubungan itu, beliau mempelawa Nazri berbuat demikian pada satu forum di ibu negara malam ini di bawah tajuk “Laporan Suruhanjaya Siasatan — Di Mana Kebenaran Dijanjikan?”.

Dalam mesej Twitter yang dihantar hari ini, pembantu Nazri berkata: “Nazri Aziz menerima cabaran YB Lim Kit Siang untuk berdebat sebagaimana diposkan oleh Lim Kit siang, masih menunggu respons daripada YB ...”

Ketika dihubungi, Lim mengesahkan mesej Twitter itu dan berkata akan memberikan respons malam ini.

“Saya tidak menggunakan perkataan debat ... saya mempelawa beliau ke forum malam untuk menjelaskan pendiriannya. Tetapi, menerusi pegawainya, beliau berkata beliau menerima debat, jadi saya akan memberi respons malam ini,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive