Showing posts with label teoh. Show all posts
Showing posts with label teoh. Show all posts

26 July 2011

Kes Teoh : Nazri setuju debat dengan Kit Siang

by Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Lim Kit Siang berhubung hasil siasatan suruhanjaya diraja mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Menerusi pegawai medianya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu (gambar) yang kini berada di London berkata, beliau akan menerima jemputan Lim tetapi meminta penasihat DAP itu agar berdebat dengannya selepas bulan Ramadan.

Dalam tulisan blognya semalam, Lim mengecam Nazri atas kenyataannya bahawa suruhanjaya diraja telah membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada tuduhan membunuh dan oleh meminta menteri itu menjustifikasikan pendiriannya.

21 July 2011

Suruhanjaya Diraja : Teoh Beng Hock bunuh diri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.

Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini.

Bagaimanapun, Nazri menambah, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh - malaysiakini.

25 July 2009

TBH: Wajah hodoh politik Najib Altantuya

0leh: Mujahid Yusof Rawa

JULAI 25 — Sebelum ini siapa pun tidak mengenali anak muda yang bernama Teoh Beng Hock, seorang wartawan muda yang kemudiannya membuat keputusan untuk terlibat dalam politik dengan menjadi setiausaha politik kepada ADUN DAP di Selangor.

Dia mungkin tidak perasan bahawa penglibatannya secara sukarela dalam alam politik membawanya kepada alam kejam dan tidak berperikemanusiaan. Politik seharusnya membawa alam ini kepada ketamadunan dan moraliti yang tinggi, tetapi wajah hodoh politik Malaysia sarat dengan misteri, fitnah, salahguna kuasa dan sehodoh-hodoh wajah politik Malaysia ialah kekejaman dan kezaliman ke atas rakyatnya sendiri.

Agak sukar untuk menerima kenyataan walaupun takdir Tuhan tidak siapa yang boleh lari daripadanya, namun sebagai manusia, Tuhan juga menyuruh kita menegakkan Keadilan tanpa batasan kaum. Apabila Keadilan dinafikan, Tuhan juga menyuruh kita bangkit dari terus ditindas oleh sang penguasa yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri.

Kematian Teoh Beng Hock adalah bom jangka yang menanti detik-detik letupan pada bila-bila masa, ia saat kita sedih terhadap kematian yang penuh misteri dalam premis sebuah suruhanjaya yang sepatutnya memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara dari perasuah-perasuah. Bagi rakyat Malaysia ia saat kita berasa marah kepada kecuaian demi kecuaian yang berlaku pada mangsa yang berada di bawah kawalan agensi yang sepatutnya menjamin keselamatan.

Kita berasa mual dengan respons seorang menteri yang secara “taatnya” mengulangi mentera parti perkauman sempit apabila memberi amaran kononnya “awas pembangkang, jangan gunakan isu ini kerana akan menimbulkan ketegangan kaum” Mereka begitu cepat menutup kemarahan orang ramai dengan isu lapok ‘perkauman’ kononnya merekalah jaguh perpaduan.

Parti-parti komponen BN yang lain cepat bertindak dengan turut sama meminta Suruhanjaya DiRaja diwujudkan untuk siasatan keatas kematian yang berlaku, sebenarnya mereka juga “tersepit” kerana masyarakat Cina khususnya begitu marah dengan kejadian ini, jadi untuk menjaga kepentingan politik mereka MCA, Gerakan terpaksa bertegas walaupun Umno tidak berapa menyukainya.

Semasa artikel ini ditulis Najib telahpun membuat kenyataan supaya inquest dibuat untuk siasatan kematian manakala Suruhanjaya Diraja akan melihat perincian bagaimana sesi soal-siasat dibuat oleh SPRM untuk dilaporkan. Najib juga dilihat “tertekan” untuk menerima cadangan Pakatan Rakyat walaupun lain yang kita minta lain pula yang dia sambut.

Sebenarnya ada dua isu yang perlu diuruskan oleh Suruhanjaya ini. Pertama ialah menyiasat bagaimana kematian berlaku kedua ialah persoalan sejauhmanakah bebasnya suruhanjaya bebas ini? Untuk persoalan kedua kita menuntut supaya Pakatan Rakyat dirunding sama untuk memilih pengerusi dan jawatankuasanya.

Bagi yang pertama, cukup Suruhanjaya Bebas kerana apabila mereka menyiasat tentang kematian Teoh Beng Hock, pasti akan terjawab persoalan bagaimana seorang saksi diminta bantuan siasatan selama 10 jam tanpa henti? Teoh Beng Hock bukan OKT, jadi menyiasat kematian itu sendiri akan mencakupi TORnya tentang bagaimana soal siasat dijalankan.

Sehingga Suruhanjaya Diraja yang benar-benar bebas melaporkan kepada rakyat apa yang berlaku, misteri yang menyelubungi kematian ini akan terus diperkatakan di kedai kopi, di warung, pejabat dan majlis politik. Ceramah dan forum akan bergegaran denagn analisa-analisa yang tidak boleh dielakkan. Jika ia satu misteri janganlah menyalahkan penonton untuk membuat andaian-andaian kerana sesuatu yang misteri dicipta untuk dirungkaikan dengan gaya masing-masing sehinggalah jawaban sebenar dibekalkan.

Saya tidak dapat mengawal tanggapan orang ramai, janganlah salahkan pembangkang atau mana-mana pihak mengapikan dan mensensasikan isu kematian misteri ini, sistem kerajaan yang penuh misteri dan tiada ketelusanlah yang perlu dipersalahkan. Saya turut teruja untuk merungkaikan persoalan ini dan mengharapkan tanggapan saya ini tidak betul ditujukan kepada beberapa pihak.

Pertama: SPRM. Baru beberapa bulan kami di Parlimen membahas dan berdebat tentang persoalan apakah SPRM yang ditransformasikan dari BPR hanya menjadi kosmetik ataukah ia benar-benar dapat dijalankan secara telus, berwibawa dan bebas. Dari apa yang berlaku ke atas Beng Hock nampaknya saya cenderung untuk meyakini bahawa ia hanyalah kosmetik kerana perangai lama BPR masih pekat dalam dirinya, pepatah Inggeris ada mengatakan “old habits die hard”. Lagipun teori yang mengandaikan SPRM ialah alat BN untuk menjatuhkan Kerajaan PR semakin boleh diterima!

Kedua: PM. Najib menaiki tangga kuasa dengan jiwa “saviour” kepada Umno setelah ahli Umno kecewa dengan half Past Six PM dan perangai suka lentok PM dalam majlis-majlis resmi. Najib adalah “superman” yang boleh menyelesaikan segalanya. Maka gegak gempitalah seluruh alam dengan slogan “One Malaysia, Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan” Integriti SPRM yang dicurigai hanya menjadikan slogan Najib bahan “ketawa” yang benar-benar mencuit hati umpama menonton “Threes Stooges”. Saya kata Threes Stooges sebab ia lawak klasik era hitam putih kerana kita tetap gelak walaupun dah agak apa yang akan berlaku.

Apakah Najib sedar bahawa sistem kerajaan hari ini sudah benar-benar rosak dan Umno sudah tidak ada kekuatan moral untuk memimpin politik Malaysia? Jangan kata ini kes yang isolated kerana sebelum ini kematian dalam penjagaan pihak keselamatan sudah menjadi lumrah sehingga ada yang berjenaka apabila seseorang akan ke balai polis “jaga baik-baik tau jangan balik jadi mayat sudah” kini boleh ditambah “jaga-jaga baik-baik jangan terjun tingkap tau!”

Ketiga: BN. Wakil rakyat BN masih di alam “twilight zone”, mereka berbahas bukan mengikut kesedaran hati nurani mereka tetapi berbahas atas sikap sempit mereka untuk menolak apa sahaja yang baik dari Pakatan. Lihatlah isu PPSMI, ketika saya berbahas di Parlimen semua kata bagus tetapi tidak mahu menyokongnya, kini merekalah yang menyambut kehendak TPM supaya dihapuskan! Saya khuatir wakil BN akan menjadi alat untuk kepentingan pihak tertentu lalu mereka tidak sedar bahawa sikap mereka hanya akan memudaratkan rakyat, termasuklah isu kematian ini.

Keempat: Polis. Saya sangsi pihak polis dapat menjalankan tugas dengan telus kerana semasa BPR dulu dituduh rasuah, polis telah menyiasat mendapati BPR tidak bersalah, kemudian Polis dituduh rasuah lalu disiasat oleh BPR dan hasilnya BPR dapati Polis tidak bersalah walaupun misterinya belum terungkai. Polis dan BPR waktu itu semacam mengamalkan “I scratch your back, you scratch my back”. Kali ini, saya harap polis tidak terlibat dalam siasatan ini kerana institusi yang sepatutnya menjamin keselamatan telah menghitamkan mata mantan TPM yang kini Penasihat PKR dan membelasah mantan itu dalam keadaan bergari tangan di belakang. Institusi ini juga menyuraikan perhimpunan dengan cara ganas sehingga perhimpunan aman menjadi kelam kabut. Institusi ini juga terkenal dengan teknik soal siasat tahanan dengan cara yang jijik dan tidak berperikemanusian. Listnya terlalu panjang.Tolonglah jangan PDRM buka mulut dalam isu ini!

Untuk rekod, wajah hodoh politik Malaysia bukan baru, kematian kerana politik bermula sejak 1969 lagi apabila Samad Gol dari Kelantan mati kena kapak kecik di kepalanya, Ibrahim Libya di Memali dibunuh dengan kejam bersama pengikutnya dan peristiwa berdarah Lubok Merbau semasa PRK di sana masih segar dalam ingatan. Semua ini dikaitkan dengan parti saya iaitu PAS. Ibrahim Libya dikatakan pengganas, Samad Gol dikatakan terlalu berpengaruh manakala di Lubok Merbau petugas PAS dibelasah dengan teruk.

Parti saya terus berjuang secara demokratik walaupun kini dia mempunyai rakan yang bersamanya. Bagi saya Teoh Beng Hock hanyalah tambahan kepada episode wajah hodoh politik Malaysia dan sepanjang insiden-insiden menyayat hati itu kerajaan Umno/Perikatan, Umno/BN lah yang berkuasa. Hari ini wajah hodoh itu masih berkuasa di Malaysia, bukankah tiba masanya wajah hodoh ini dibuang dan diganti dengan wajah baru politik Malaysia? “Janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai apa yang dilakukan oleh orang yang zalim”.

24 July 2009

Cubaan cuci tangan Najib Altantuya : Inkues kematian Teoh

Oleh Zukri Aksah

TEMERLOH, Julai 24 — Nampaknya apa yang diputuskan oleh kerajaan ketika membentuk suruhanjaya diraja ekoran kematian Teoh Beng Hock berbeza dengan selera dan kehendak rakyat.

Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, dalam ulasannya tentang keputusan kabinet ini menyifatkan ianya sebagai petunjuk tentang selera parti pemerintah, Umno dan BN terhadap keadilan.

Bagi Nizam, Suruhanjaya Siasatan DiRaja itu adalah resipi ciptaan Umno dan BN, dengan ramuannya adalah “terms of reference” yang sangat berbeza dengan apa yang diperkirakan oleh rakyat terbanyak.

Pandangan beliau ini turut dikongsi bersama oleh rakan-rakan peguam beliau dari Johor Bar dalam perbualannya dengan mereka.

Kabinet, dalam keputusannya bersetuju menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan SiRaja bagi menyiasat dan meneliti kaedah soal-siasat SPRM terhadap Teoh.

Teoh ditemui mati pada tengahari Julai 16 lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan Ibu Pejabat SPRM Selangor, setelah sehari sebelumnya mendiang dibawa ke sana untuk disoal-siasat berkaitan tuduhan salahguna wang peruntukan oleh ADUN Pakatan Rakyat Selangor.

Sedangkan, menurut Nizam lagi, juga pendapat rakan-rakan peguamnya dari Johor, pengwujudan suruhanjaya ini dengan sengaja telah meminggirkan terma rujukan siasatan paling penting iaitu bagaimana dan apa sebab kematian Teoh.

Nizam percaya, pandangan undang-undang ini bukan sekadar berlegar di fikiran para peguam, tetapi juga turut dikongsi oleh majoriti rakyat, khususnya dari ahli keluarga mendiang Teoh.
Mereka tegas Nizam, mahukan penjelasan sebenar dan konkrit tentang punca dan sebab kematian Teoh.

Jika “terms of reference” Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini tidak diubah dan diluaskan, nyatalah usul Nizam, Suruhanjaya ini hanyalah satu bentuk pengaburan dan cubaan cuci tangan.

Kerajaan Umno dan BN, pimpinan Najib Tun Razak kelihatannya sedang cuba mencabar intelektualiti rakyat, seperti mahu memberitahu, “kamu semua minta, kerajaan dah buat, sudahlah!” Seolah-olah seperti mengandaikan rakyat adalah golongan yang tidak pandai dan tidak tahu berfikir.

Padahal rakyat, bila mendepani isu kematian Teoh ini, mempunyai “terms of reference” mereka sendiri, resipi mereka sendiri, resipi yang universal dan sejagat.

Amatlah mengejutkan bila tiba-tiba mesyuarat kabinet keluar dengan resipi Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang kurang manis dan kurang masinnya. Langsung bertentangan dengan selera rakyat.

Jelaslah, Kerajaan Umno dan BN tidak boleh makan sedulang dengan rakyat, selera tidak sama! Jika dipaksa juga, tentu akan ada yang patah selera. - TMI

23 July 2009

Kematian Teoh: Surat terbuka kepada Berita Harian

Oleh Art Harun @ PerakExpress

(Terjemahan daripada bahasa Inggeris oleh Centre for Policy Initiatives)

Sedikit muak dan patah akal saya tadi tatkala membaca rencana anda berjudul ‘Kematian Teoh timbulkan pelbagai spekulasi politik’ [yang diterbitkan di suratkhabar Berita Minggu] kemarin.

Penyiaran rencana yang rasis dan membatu api itu adalah ukuran kebobrokan nilai moral kamu (akhbar yang indah khabar dari rupa). Dalam laman sesawangmu, digembar-gemburkan Berita Harian sebagai “akhbar yang dapat merangsang minda dalam mengejar arus maklumat yang mana pengetahuan adalah sumber utama untuk kemakmuran ekonomi”. Namun pemerhatian saya ialah: Disiarkan olehmu sepiak lidah pengarang yang terang-terang benyot.

Akan tetapi mengakui yang bahtera Berita Harian seangkatan dengan kapal NST, saya kira kedangkalan pemikiran penulis [iaitu pengarang kumpulan NSTP] tidaklah menghairankan sangat. Sebaliknya, pengutaraan media arus perdana – yang mahu menghasut – sudah memang dijangkakan.

Pertama sekali, para pembaca terhutang budi kerana sekarang ini barulah kami disedarkan bahawa kecelakaan yang menimpa Teoh itu satu “peristiwa malang”. Kamu berkata, dan saya petik:

“Apabila mangsa kemalangan pula orang bukan Melayu, yang sebelumnya disiasat orang Melayu, bertambah hebatlah spekulasinya. ”

Saya mengucapkan terima kasih atas penjelasan anda sebab sebelum ini, kami diberitahu entah-entah Teoh cuba membunuh diri.

Rasanya kami kurang tahu-menahu babak sebalik tabir manakala kamu lebih arif. Maklumlah, pada lazimnya pembaca mudah diperdaya. Betul, saya bersyukur sampailah ke akhir hayat (minta maaf sekirannya saya sedikit sinis) kerana anda menerangkan dan mencopkan kejadian tersebut sebagai satu ‘kemalangan’. Baiklah, saya tunggu penjelasan anda mengenai bagaimana kemalangan itu sebenarnya terjadi, siapa yang terlibat dan mengapa ianya berlaku? Apakah mendiang berjalan dalam tidur ketika ia dikatakan berehat di atas sofa pada jam 6:30 pagi?

Anda tampaknya kurang puas hati bilamana perkembangan semasa ekoran kematian Teoh telah dipolitikkan. Anda juga berpendapat tidak harus orang menggunakan peristiwa tersebut untuk mengaut keuntungan politik. Walaupun saya akur saudara seorang wartawan yang tajam deria penglihatan, namun saya terpaksa nyatakan di sini bahawa huraian kamu kurang teliti.

Izinkan saya membidas hujah anda bahawa perkara ini tidak sepatutnya berbau politik. Dan saya akan menaip huruf besar demi memberi penekanan kepada pesanan saya. INI SEMEMANGNYA PERKARA POLITIK. Mendiang merupakan setiausaha politik kepada seorang wakil DAP. Kalau DAP bukan parti politik, apa agaknya? Lebih-lebih lagi, bos mendiang adalah seorang ahli dewan undangan negeri Selangor.

Jadi, pada pucuk pangkalnya, rentetan peristiwa kematian Teoh berciri politik dan pasti ia akan terus berciri persoalan politik sehinggalah ke penghujungnya. Anda tidak bisa lari dari hakikat ini.

Saudara membahas seakan-akan tidak ada pihak lain yang pernah mengaitkan politik dengan hal-hal masa lalu (yang tidak ada kena-mengena dengan politik). Bukankah pemilik akhbar Berita Harian, iaitu kumpulan media NSTP, bermain politik apabila memperalatkan institusi raja sebagai ‘gimik politik’ di Bukit Gantang?

Bagaimana pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diintip kehidupan peribadinya? Sejak bilakah perilaku seseorang itu di dalam kamar tidur atau aksinya di atas ranjang [dengan bukti tilam sekali] dijadikan modal politik?

Adakah tindakan membeli lembu untuk disedekahkan kepada golongan miskin pada Hari Raya Aidil Adha satu bibit politik? Dan lembu korban pula kini berunsur politik? Bagaimana dengan seruan supaya ISA dimansuhkan? Bahkan ada yang berkata ISA satu ‘hak Melayu’!

Tolong jangan mengganggap bahawa para pembaca kamu umpama budak setahun jagung. Kami celik mata dan tidak akan tercengang-cengang bila didendangkan cerita dongeng. Kami bukan bodoh.

Seterusnya ini yang ingin saya sebutkan. Mengapa anda banyak melatah kononnya kejadian ‘malang’ itu telah dipolitikkan dan dijana sebagai modal politik apabila ketara sekali – kalaulah mendiang Teoh masih hidup masakan ada sesiapa yang akan buat kerenah?

Amat dikesali bahawa badan-badan kerajaan semacam bebas mengasari seseorang dari khalayak ramai yang ibarat boleh diperlakukan bagai hampas kelapa. Tanahair kita sudah menjadi suatu ‘gangland’, di mana orang preman dicengkami ketakutan. Di dalam kegelapan malam, terkejutlah kita pada bengkarung.

Inikan tahun 2009, abad ke-21? Adakah dalam kurun ini masih boleh seorang jejaka itu begitu enteng ditimpa ‘malang’ (saya mengulangi perkataan pilihanmu) dan kemudiannya mati katak?

Kenapakah anda tidak membela nasib si malang? Maklumlah anda cukup berbangga dengan menggelar diri sebuah akhbar yang mampu ‘merangsang minda’. Apa yang kamu cakap? Adakah anda mengajak kalian merenung secara kritis ataupun setakat membarakan semangat? Apakah anda tahu perbedaannya?

Apa yang paling menjijikkan saya ialah percubaan akhbar Berita Harian untuk mengalih debat kepada isu anti-kepemimpinan Melayu. Meskipun anda seolah-olah cacing kepanasan apabila kematian Teoh Beng Hock berubah menjadi masalah politik, anda sekarang ini hendak menjadikannya isu ras. Anda hanya menangguk di air keruh.

Ya, mendiang orang Cina. Namun begitu, yang menonjol ialah beliau seorang warga Malaysia. Setiap satu kematian dalam tahanan, tanpa memandang suku-sakat atau kepercayaan agama, berupa sebuah tragedi. Bagi kami, ianya cukup tragis. A. Kugan, seorang pemuda India juga meninggal dunia sewaktu di bawah jagaan polis; tubuh badan beliau menunjukkan kesan-kesan luka yang menyayat hati bilamana mata memandang. Setiap kerat masyarakat mengecam penderaan yang dikerjakan ke atasnya.

Segenap lapisan masyarakat kita inginkan jalan kebenaran. Ketika Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie Mohd Nashar diculik, seluruh Malaysia naik memberang – orang Cina dan India tidak terkecuali.

Kami bukan terkilan kerana mangsa adalah orang India, Cina atau Melayu; tetapi mungkin anda terlalu sempit pemikiran untuk mengetahui ketetapan ini. Yang menimbulkan amarah ialah kejadian mangsa dikejami dan yang melakukan perbuatan durjana itu manusia bersifat binatang. Itulah sebabnya seluruh Malaysia tersangat berat hati. Adakah anda berfikir hanya orang kulit hitam Amerika sahaja yang berkabung ekoran pemergian Michael Jackson? Ataupun anda masih terperuk dalam bekas ‘1Ras’ dan tidak menyedarinya?

Sejak bilakah protes terhadap SPRM bertukar menjadi soal bukan-Melayu mencabar kewibawaan Melayu?

Pertanyaan anda: “Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya bertindak dengan tulus dan adil?”

Apa ni? Tak masuk akal langsung. Kamulah yang mengungkit yang bukan-bukan.

Anda mengandaikan bahawa MB Selangor meragui ketulusan pegawai SPRM yang berbangsa Melayu walhal kami semua, termasuklah para politikus pihak pembangkang (yang dilemparkan segala tohmahan oleh kamu) tidak pun pernah membuat teka-teki yang pegawai-pegawai terlibat itu berketurunan Melayu.

Tidak diketahui identiti mereka, apalagi kepastian mereka Melayu. Astaghfirullah! Anda sekadar cuba membayangkan bahawa kaum Melayu senantiasa dikepung serta diancam pelbagai musuh. Tunjuk belang, ya?

Jika anda masih lagi kekaburan, biar saya menjernihkan kekalutanmu.

Kami tidak kisah tentang RAS orang yang bertanggungjawab atas kematian Teoh (kalaulah ada yang bersalah yang wajib dipertanggungjawabkan). Orangramai akan tetap marah sekalipun pegawai yang terbabit itu seorang warga Ghana yang bertugas dengan SPRM! Faham ke?

Saya dok kecewa. Semalam Perdana Menteri dengan penuh prihatin telah mengata dirinya begitu silu mengenangkan bagaimana seorang jejaka itu telah diragut nyawanya. Bahkan beliau mengirimkan ucapan takziah serta menghantar setiausaha politiknya untuk menziarahi keluarga mendiang.

Timbalan Perdana Menteri kita pula tidak menolak cadangan ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat serta mengesahkan apa sebenarnya yang berlaku. Datuk Hishammuddin Hussein memberi jaminan dia sendiri akan mengawasi proses penyiasatan kes ini. Suhakam juga berhasrat memulakan siasatan.

Hasil daripada semua janji-janji di atas belum boleh ditentukan. Tetapi saya yakin kesemua mereka ikhlas dan mempunyai niat suci. Saya menyenangi pendekatan mereka yang sarat dengan sifat berperikemanusiaan. Ianya menunjukkan bahawa setidak-tidaknya PM, DPM dan Menteri Dalam Negeri kita ada juga berhati perut.

Tetapi sebaliknya anda, akhbar Berita Harian dengan penerbitan rencanamu yang bejat itu, seperti seekor serigala berbulu domba lagaknya.

Cukuplah tu. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

22 July 2009

NAJIB ALTANTUYA: Selangor lantik peguam ikuti inkues

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan melantik peguam pemerhati bagi mengikuti prosiding Suruhanjaya Diraja dan inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada seorang anggota Exco Selangor, di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini, Khamis lepas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah itu perlu memandangkan mendiang Teoh adalah pegawai kerajaan negeri dan juga untuk memastikan hak-hak mendiang dan keluarganya terbela.

"Kerajaan negeri bagaimanapun kesal dengan keputusan yang menghadkan siasatan Suruhanjaya Diraja kepada hanya memastikan sama ada hak asasi mendiang Teoh telah dicabul ketika beliau disoal siasat oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Kerajaan negeri percaya Suruhanjaya Diraja perlu dipertanggungjawabkan untuk menyiasat kematian Teoh dan bukannya inkues seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kabinet hari ini memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Teoh.

Kabinet turut memutuskan satu Suruhanjaya Diraja diwujudkan dengan terma-terma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

Abdul Khalid dalam pada itu turut mempersoalkan keperluan untuk mengguna dua prosiding berlainan bagi menyiasat perkara yang berkait rapat dan melibatkan saksi-saksi yang sama.

"Kita telah meminta satu Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh dan juga kredibiliti SPRM. Kita merasakan Suruhanjaya Diraja adalah prosiding yang terbaik bagi memastikan keadilan untuk mendiang dan keluarganya," katanya.

Terdahulu, bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata pihaknya telah mengarahkan semua pegawai kerajaan untuk memaklumkan kepada Penasihat Undang-undang kerajaan negeri sekiranya mereka dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.

"Kerajaan juga akan melantik satu panel peguam untuk membantu mana-mana pegawai kerajaan yang disoal siasat," katanya. - BERNAMA

20 July 2009

Ahli panel penasihat persoal prosedur SPRM

Tan Sri Robert Phang, ahli panel penasihat SPRM hari ini menyertai orang ramai mempersoal prosedur soalsiasat yang digunapakai oleh agensi itu.
Beliau berkata panel penasihat akan bermesyuarat Khamis ini untuk berbincang mengenai kes Teoh, setiuasaha politik Adun Seri Kembangan yang dijumpai mati di bangunan pejabat SPRM Khamis lepas.
"Seseorang yang ditahan, disoal-siasat lebih dari enam jam, selepas tengah malan dan terus hingga ke awal pagi, bagi saya ini sudah penyalahgunaan kuasa" kata Tan Sri Robert.
"Prosedur tak diguna pakai, Teoh telah ditinggalkan tidor bersendirian di pejabat. Tindakan ini sama sekali tidak dapat diterima" katanya lagi.
Tan Sri Robert menambah "tiada seorang pun dibenarkan untuk disoalsiasat lebih dari 24jam, dan sekiranya perlu, kebenaran dari Mahkamah perlu diperolehi untuk meneruskan penahanan".
Tan Sri Ramon Navaratnam, salah seorang dari lima ahli panel penasihat SPRM, pada Jumaat lepas telah meminta agar prosedur soalsiasat SPRM disemak segera.
Beliau berkata, soalsiasat sepatutnya berakhir sebelum tengah malam, benarkan orang yang disiasat untuk berehat sebelum menyambung semula pada keesokan hari nya. Tidak akan ada orang yang normal yang akan dapat bertahan dari segi mental dan fisikal dengan tekanan seperti itu.
Tan Sri Ramon meminta agar satu siasatan awam terbuka untuk mencari kebenaran terhadap kematian Teoh diadakan segera.

19 July 2009

Anak muda itu bukan Melayu…

OLEH Hasmi bin Hashim
@ PerakExpress

Ada “pelampau” (extremist) yang beranggapan darahnya halal. Karena anak muda itu bukan Islam, maka darahnya halal. Karena namanya Teoh Beng Hok, maka darahnya halal…

Ini manusia jenis apa? Entah ajaran mana yang diikut? Ugama mana yang diturut? Bajingan kalau semua hal, termasuk soal nyawa dan kemanusiaan, diperhitung sebagai memenuhi percaturan politik-kekuasaan.

Tak ada sebab Teoh perlu bunuh diri. Hanya selang sehari, dia akan mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wei; si gadis berjarak umur 4 tahun lebih muda, yang juga seorang guru. Dia dirundung nestapa bukan kepalang, menanti kepulangan kekanda yang ditahan aparat pemerintah. Tak pulang-pulang.

Mereka sudah menempah dan menetapkan warna baju pengantin. Menelefon saudara-mara dan kawan-kawan memaklumkan tarikh bersandingan, dengan bangga. Juga sesi foto yang mahu diambil di taman bunga, tasek atau pantai waktu mentari jingga. Juga anak dalam kandungan kekasehnya… zuriat mereka berdua.

Teoh tentu tak pernah menduga, rupa-rupanya yang mengkehendakinya ke pejabat tingkat 14 itu adalah jemputan maut…

Kita tak dapat menerima sama sekali kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sekonyong-konyong mengutus ucapan takziah kepada keluarga Teoh atas tragedi tersebut. Ucapan takziah yang diutus dari Arab Saudi tak lebih seumpama usaha untuk cepat-cepat cuci tangan dan melindungi sesuatu.

Andai saya ahli keluarga mendiang Teoh, saya akan menginjak-injak kalungan takziah dari Najib.

Kematian Teoh bukan kematian ‘biasa’. Dikatakan terhumban dari tingkat 14, ke bumbung pada aras 5–sewaktu Teoh sepatutnya berada dalam pengawasan pehak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Takkan sesiapa yang waras akan menerima dalih SPRM yang kononnya mendakwa sudah ‘membebaskan’ Teoh sekitar jam 4.30 pagi–hari di mana Teoh kemudiannya ditemui mati kira-kira 9 jam kemudian.

Tak akan siapa boleh menerima dalih bahawa selepas dibebaskan, Teoh tak segera pulang dan konon dikatakan telah menumpang tidur di sofa pejabat SPRM. Takkan siapa percaya Teoh mengingau, atau tergelincir jatuh. Apatah lagi bunuh diri.

Kes kematian anak muda ini diselubungi kesangsian. Maka, Najib atau mana-mana menteri Umno-BN tak perlulah menasehatkan rakyat untuk tidak merasa sangsi.

Mereka tidak berhak dan tidak punya wibawa sama sekali menghalang kewarasan rakyat yang merenung betapa memang wujud sesuatu yang tak kena kepada bukan sahaja pegawai SPRM, cara pengendalian soal-siasat, malah menjurus kepada SPRM itu sendiri.

SPRM kini diragui, sangat-sangat diragui. Kematian misteri Teoh hanya mengesahkan bagaimana tuduhan sebelum ini yang SPRM merupakan salah-satu jejari kekuasaan Umno-BN untuk mencemar dan mematahkan satu-persatu tengkok para pemimpin Pakatan Rakyat.

Sehingga esei ini ditulis, SPRM masih tidak menafikan dakwaan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, saudara Tan Boon Hwa yang dilaporkan diperlaku tidak umpama oleh pegawai penyiasat SPRM–diugut, dipaksa berdiri berjam-jam dan membuat pengakuan palsu, diancam nyawa serta keselamatan anak-isteri dan keluarga beliau.

Kes penyelewengan jutaan dan ratusan juta dipendamkan, sementara ke arah Pakatan Rakyat disasarkan serangan. Bayangkan bagaimana siasatan tegas yang melibatkan ahli majlis perbandaran Kajang hanyalah atas tuduhan membeli 1, 500 helai bendera Malaysia. Inilah apa yang dinamakan sebagai “lawak seram”!

Kini jelas nyata SPRM adalah laksana serigala lapar yang mahu menerkam, menggugat dan merampas kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat.

Contohnya sudah ada di Perak, dengan dua ADUN Keadilan yang pada mulanya diseret dengan tuduhan menerima suapan berbentuk tunai dan habuan seks, tiba-tiba beralih menyokong Umno-BN di dalam DUN.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas dengan cara culik dan ugut. Juga serangan di Kedah sehingga menyaksikan pilihanraya kecil Bukit Selambau terpaksa diadakan.

Serangan komplot ini sempat terhala ke Pulau Pinang dalam kes yang melibatkan bekas timbalan ketua menteri yang dituduh menerima rasuah. Perangkap juga pernah dipasang di Bandar Tun Razak yang melibatkan Menteri Besar Selangor dalam kes “46 ekor lembu.”

Keadilan-Pas-DAP sekian lama serius untuk membenteras rasuah. Selama ini, rasuah adalah barah di dalam Umno, dan bukannya di dalam Pakatan Rakyat. Kerajaan Kelantan tidak tercemar oleh rasuah, meski sudah 15 tahun memerintah, dan memang 3 kali pilihanraya umum.

Pakatan Rakyat terus tegas melawan dan menentang rasuah, tetapi bukan dengan sandiwara mahupun merekayasa bukti dan pertuduhan. Lihat sahaja daripada kes “Pelabuhan Klang” sehinggalah “mahligai Khir Toyo” adalah kes berprofail tinggi. Ya, di mana SPRM?

Bagi yang dekat dan biasa dengan papan catur politik Umno-BN, agak mudah untuk membaca siapa yang membiayai plot-plot sandiwara ini–justeru tak satupun yang terlepas daripada pengetahuan dan restu Presiden Umno.

Tentulah bukan beliau sendiri yang perlu ke sana ke mari. Juga, siapa pula yang merendahkan harga diri bertindak sebagai macai (operator) penggerak dan bersumpah untuk menjayakannya.
Ceh! Betapa jelek dan jijiknya politik elit Umno!

Dalam sessi sidang parlimen awal tahun ini, satu isu dan konspirasi besar dibongkar ketua Pakatan Rakyat di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ianya melibatkan “blue-print” khusus yang dikeluarkan pehak yang mahu merampas Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat. Plot dan projek itu dengan biaya ribu juta ringgit.

Menteri Kewangan Kedua waktu itu tidak dapat menjawab soalan YB Azmin Ali berhubung peruntukan besar kepada beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan digunakan di Selangor.

Broker politik Umno-BN yang lazimnya bising membebel sesama mereka mengutuk MP Pakatan, khususnya Anwar waktu bersembang di cafe, terdiam. Cuba buat-buat tidak mendengar apabila rahsia jahat bos-bos mereka cobor.

Selepas mengenali bagaimana SPRM dan sekian banyak agensi kerajaan diperkuda, ada asasnya untuk kita mempercayai kes kematian Teoh akan mendapat pembelaan yang adil. Sama seperti kes pembunuhan Altantuya Sharibuu… tak akan siapa yang waras dapat mengerti mengapa dua anggota polis berpangkat rendah itu perlu meragut nyawa Altantuya?

Ya, melihat kedudukan pangkat mereka, tak ada ‘faedah’-nya mereka melakukan pembunuhan itu. Untuk apa? Tapi, skrip ini adalah skrip di zaman Najib sebagai PM. Barangkali memang begitu. Modus operandi takkan jauh berbeda.

Bagi pemimpin Umno-BN, riuhnya hanya dua-tiga hari dengan sejuta janji manis… kemudian disenyapkan. Dialih pandangan rakyat dengan entah apa lagi gula-gula baru.

Sesungguh kita akan mengenang nasib anak muda yang dibaham nyawanya oleh segelintir yang terdesak dan desperado untuk kekal berkuasa. Kematiannya itu pula akan didiamkan sebagai satu “strategi politik” oleh puak pelampau dan menganggap darah orang yang berbeda bangsa, berbeda ugama dan berbeda faham politik adalah halal.

Politik cara Umno-BN inilah apa yang saya ungkapan sebagai “politik intrik” atau “politik gelap.” Lawannya adalah “politik idea” atau “politik pencerahan” yang jauh memberi manfaat kepada rakyat.

Julung kali perjuangan Reformasi selepas lebih sedekad, akhir telah memakan korban nyawa! Seluruh anak muda wajar mengirim sahabat kita ke pusara dengan baju pengantin yang kekal, sehingga rakyat bangun. Bangkit membela.

'Saya tidak politikkan kematian Teoh' - DSAI

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau sengaja mempolitikkan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang dipercayai terjatuh dari Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu.

Anwar berkata, beliau sebaliknya hanya menunaikan tanggungjawab beliau kepada keluarga mangsa dan kerajaan negeri Selangor yang mahu menuntut penjelasan berhubung kematian mengejut Teoh.

"(Isu) orang dah mati pun kita tak boleh bangkitkan. Dia mati di bawah badan pengawasan dan ini adalah salah di mana-mana negara besar pun.

"Sebab itu saya jumpa pegawai SPRM, kenapa nak politikkan pula?" katanya dalam satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira pukul 1.30 tengah hari Khamis.

Rabu lalu Teoh memberi keterangan di SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana rakyat di Selangor.

Anwar berkata, tidak ada mana-mana pihak yang mengatakan beliau mempolitikkan isu itu kecuali Umno.

"Jangan cuba nak ugut kerana kita tetap akan bangkitkan isu Beng Hock kerana ini satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh badan penguat kuasa yang dijalankan mengikut arahan Umno dan Barisan Nasional," katanya. - mStar

Penubuhan Suruhanjaya Diraja tidak boleh terburu-buru: Hishammuddin

No hurry to form royal commission, says Hishammuddin

KLUANG, — The establishment of a royal commission to investigate the death of Teoh Beng Hock, political aide to a Selangor executive councillor, should not be done hastily as the investigation into the case was still at the preliminary stage.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said discussions on the proposed commission would be carried out in detail before its implementation.

"The discussion will be in detail. We don't know yet the decision, so we have to act rationally," he told reporters after attending a police-community programme at Felda Ulu Belitong here today.
Hishammuddin, who is also the Member of Parliament for Sembrong, said the investigation would also be carried out in a transparent manner.

Teoh's body was found on the balcony of the fifth floor of the Plaza Masalam building in Shah Alam on Thursday after he was believed to have fallen from one of the upper floors of the building which houses the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Teoh was one of the witnesses in the MACC investigation into the alleged misappropriation of Selangor state government allocations. — Bernama

18 July 2009

Nazri Aziz Pelawak Terbaik 2009

2009 Joker of the Year: Nazri Aziz — Khoo Kay Peng

JULY 17 — Each year this blog nominates a few individuals to be crowned the Joker of the Year. It is a bit unique this year. This is only the month of July and nomination is already closed and a winner declared.

Minister in the Prime Minister’s Department Mohd Nazri Abdul Aziz is the grand winner of 2009. He cautioned against pointing the finger at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for Teoh Beng Hock’s death.

I would like to inform Nazri of what I think of the MACC in this incident. The commission is wrong for abusing its investigation and interrogation procedure. Was Teoh a criminal? Would he abscond?

Why must the commission conduct its interrogation after office hours until wee hours in the morning? Why can’t officers of the commission conduct the session during office hours the next day?

I am not suggesting a murder here but clearly the commission has a lot to explain for neglecting the safety of a person under their custody. Worse, this person was not even a suspect.
The commission should be sued for negligence.

Nazri’s insensitivity should be severely criticised. For once I agree with Mahathir that this man is not fit to be in the current cabinet. Recently, he verbally attacked several commissioners of Suhakam who called for a new state election in Perak and called them “crooks”.

It takes one to know one.

Nazri should make real his threats. He is welcome to come after this blogger. I am going to repeat it again; yes, the MACC was responsible for the death of Teoh Beng Hock. It could also be a breach of the commission’s ethics and procedure. — khookaypeng.blogspot.com

17 July 2009

Pemimpin Pakatan di perhimpunan kematian Teoh

Apa sebenarnya yang SPRM lakukan selama ini


oleh Raja Petra

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik
SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.

Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.
Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

(Artikel ini adalah terjemahan kepada artikel asal The writing was already on the wall so long ago oleh Raja Petra.)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive