20 July 2009

Ahli panel penasihat persoal prosedur SPRM

Tan Sri Robert Phang, ahli panel penasihat SPRM hari ini menyertai orang ramai mempersoal prosedur soalsiasat yang digunapakai oleh agensi itu.
Beliau berkata panel penasihat akan bermesyuarat Khamis ini untuk berbincang mengenai kes Teoh, setiuasaha politik Adun Seri Kembangan yang dijumpai mati di bangunan pejabat SPRM Khamis lepas.
"Seseorang yang ditahan, disoal-siasat lebih dari enam jam, selepas tengah malan dan terus hingga ke awal pagi, bagi saya ini sudah penyalahgunaan kuasa" kata Tan Sri Robert.
"Prosedur tak diguna pakai, Teoh telah ditinggalkan tidor bersendirian di pejabat. Tindakan ini sama sekali tidak dapat diterima" katanya lagi.
Tan Sri Robert menambah "tiada seorang pun dibenarkan untuk disoalsiasat lebih dari 24jam, dan sekiranya perlu, kebenaran dari Mahkamah perlu diperolehi untuk meneruskan penahanan".
Tan Sri Ramon Navaratnam, salah seorang dari lima ahli panel penasihat SPRM, pada Jumaat lepas telah meminta agar prosedur soalsiasat SPRM disemak segera.
Beliau berkata, soalsiasat sepatutnya berakhir sebelum tengah malam, benarkan orang yang disiasat untuk berehat sebelum menyambung semula pada keesokan hari nya. Tidak akan ada orang yang normal yang akan dapat bertahan dari segi mental dan fisikal dengan tekanan seperti itu.
Tan Sri Ramon meminta agar satu siasatan awam terbuka untuk mencari kebenaran terhadap kematian Teoh diadakan segera.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive