14 July 2011

Lapor keganasan polis 9/7 pada Juham

Juham lancar kempen “Aduan Keganasan Polis 9/7″
Posted on Julai 14, 2011 by KeadilanDaily

KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) yang diwujudkan Dewan Pemuda Pas melancarkan kempen besar-besaran “Aduan Keganasan Polis 9/7”

Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, kempen itu dilancar bagi mendapat maklumat keganasan dan salahlaku polis semasa perhimpunan aman
Bersih, 9 Julai lalu.

“Kempen secara besar-besaran ini adalah susulan daripada aduan rasmi yang telah pihak Juham serahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 12 Julai lalu,” kata Ahmad Zamri dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, kempen tersebut turut menyenaraikan beberapa tindakan ganas polis termasuk menumbuk, menendang, memijak dan menembak gas pemedih mata kepada orang ramai dari jarak dekat.

“Pihak Juham telah menerima banyak laporan daripada peserta-peserta himpunan yang telah dilayan dengan ganas termasuklah yang mendapat kecederaan yang serius dan dimasukkan ke hospital,” kata beliau.

Tegasnya lagi, rakyat perlu disedarkan akan hak-hak mereka supaya pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya memukul orang ramai yang ingin melaksanakan
hak mereka yang dijamin Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Tuntutan Bersih 2.0 adalah tuntutan yang suci murni untuk kepentingan rakyat terbanyak dan pihak kerajaan tidak patut melayan mereka sebegitu rupa.

“Peristiwa ini adalah satu tragedi hitam dalam sejarah hak asasi manusia di negara ini,” ujarnya.

Ahmad Zamri berkata, sebarang aduan berupa maklumat, bukti bergambar, foto, rakaman video, laporan perubatan dan sebagainya boleh disalurkan melalui talian Hotline Juham
atau melalui email rasminya, juhampusat@gmail.com.

Mereka juga boleh menyalurkan aduan itu menerusi laman sosial Facebook ‘Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia’ yang diwujudkan Juham.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive