11 July 2011

Skandal scorpene bakal ditimbulkan peguam Peranchis pada 21 dan 22 Julai ini

KUALA LUMPUR: Skandal pembelian kapal selam Scorpene bakal didedahkan secara langsung kepada rakyat Malaysia oleh peguam Perancis yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (Suaram) 21 dan 22 Julai depan.

Menurut Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dalam sidang medianya hari ini, pendedahan berkenaan rasuah pembelian kapal selam berkenaan akan diberitahu sendiri oleh peguam yang dilantiknya, William Bourdon.

“Peguam Perancis, William Bourdon yang akan memberikan maklumat dan status berkenaan kes rasuah Sorpene.

“Beliau akan mendedahkan kes berkenaan dan mungkin ada melibatkan orang-orang penting negara,” kata Cynthia ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, hari ini.

Kata beliau, kehadiran peguam itu sempena Ops Scorpene yang dilancar Suaram bagi memungut dana membiayai perbicaraan skandal itu di Mahkamah Perancis.

“Majlis makan malam kempen Ops Scorpene itu akan diadakan di Pulau Pinang pada 21 Julai ini di Sunshine Square, Bayan Lepas bermula jam 8 hingga 11 malam.

“Manakala majlis makan malam kempen kedua Ops Scorpene juga akan bermula pada jam sama di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor pada 22 Julai ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu penjualan tiket untuk majlis makan malam itu boleh didapati di pejabat Suaram.

“Orang ramai boleh membeli tiket di pejabat Suaram dengan harga RM1,000 bagi semeja dan RM5,000 bagi meja VIP. Maklumat tiket boleh diperoleh dengan melayari www.suaram.net

“Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan cek boleh dibuat atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd atau Hong Leong Bank di akaun nombor 0300-0065-200,” kata beliau.

Sementara itu, antara individu yang akan menyerikan majlis makan malam itu terdiri daripada pimpinan Pakatan Rakyat seperti penasihat Dap, Lim Kit Siang, TImbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

Kartunis politik terkenal, Zunar yang baru menerima anugerah di luar negara juga akan hadir bagi melelong lukisannya semasa majlis tersebut, katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16908

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive