Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan peguamnya di luar negara dalam proses menghantar sepina terhadap Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan 'orang kanan' urus niaga Scorpene Malaysia-Perancis.
Menurut kenyataan sekretariat NGO hak asasi itu, peguam William Bourdon dan Joseph Breham di Perancis mengesahkan Jasbir sebagai saksi kes dan disepina oleh mahkamah.
"Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini," menurut kenyataan itu.
Jasbir kelmarin menafikan menerima sepina daripada badan kehakiman Perancis berhubung sebarang prosiding undang-undang seperti didakwa Penyelaras Suaram Cynthia Gabriel pada 15 Jun.
Showing posts with label kapalselam. Show all posts
Showing posts with label kapalselam. Show all posts
21 June 2012
25 July 2011
... dah tu hampa hantar dia (Bourdon) balik pasai apa?
Hantar pulang peguam Perancis tiada kaitan politik, kata Hisham
oleh : Shannon Teoh
oleh : Shannon Teoh
KUALA LUMPUR, 25 Julai — Putrajaya menegaskan keputusan menghantar pulang seorang peguam Perancis William Bourdon sehari selepas dia berucap di Pulau Pinang berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion bukan satu tindakan berbaur politik.
Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata Bourdon (gambar), yang sedang menguruskan kes berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah dihantar pulang ke Paris kerana melanggar peraturan visa pelancong.
“Dia telah melanggar syarat-syarat visanya. Oleh kerana ia kes berprofil tinggi, orang ramai memilih untuk mengatakan ia berbaur politik. Ramai yang dihantar balik setiap hari,” katanya.
22 July 2011
Skandal Scorpene : Peguam Peranchis ditahan
KUALA LUMPUR, 22 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis yang mengendali kes dakwaan rasuah yang melibatkan pembelian kapal selam Scorpene, William Bourdon (gambar) telah ditangkap oleh Imigresen Malaysia.Beliau ditangkap ketika berada di atas kapal terbang apabila sekumpulan pegawai Imigresen naik ke atas kapal terbang itu.
William Bourdon, dijangka akan menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.
20 July 2011
Peguam Peranchis bakal dedah pembunuhan Altantuya
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.
Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.
Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.
Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.
11 July 2011
Skandal scorpene bakal ditimbulkan peguam Peranchis pada 21 dan 22 Julai ini
Menurut Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dalam sidang medianya hari ini, pendedahan berkenaan rasuah pembelian kapal selam berkenaan akan diberitahu sendiri oleh peguam yang dilantiknya, William Bourdon.
“Peguam Perancis, William Bourdon yang akan memberikan maklumat dan status berkenaan kes rasuah Sorpene.
07 June 2011
Skandal Scorpene : Zahid, Muhyiddin perangkap Najib
KUALA LUMPUR: Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.Menurut CheGuBard, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu.
Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi ‘diketuai’ Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin.
02 June 2011
Skandal Scorpene : Najib perlu ke Peranchis
Skandal Scorpene: Najib sendiri perlu ke Perancis bantu siasatan – AMK
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bimbang sekiranya disapina mahkamah Perancis, malahan beliau perlu hadir untuk membersihkan namanya dalam skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bimbang sekiranya disapina mahkamah Perancis, malahan beliau perlu hadir untuk membersihkan namanya dalam skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas perbicaraan terbuka di negara itu berhubung pemberian komisen berjumlah 114.96 juta Euro dalam pembelian dua kapal perang berkenaan.
Menurutnya, Najib adalah individu yang lebih berwibawa untuk membantu siasatan berbanding Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau adalah penyandang jawatan itu semasa urusniaga pembelian Scorpene dilakukan pada 2002.
30 May 2011
Skandal Scorpene akan dibicara di mahkamah terbuka
KUALA LUMPUR: Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut.
Menurut Cynthia, pendakwa Perancis telah menyimpulkan siasatan awal dan satu permohonan untuk perbicaraan terbuka dibuat akhir Mac lalu.
10 May 2011
TERBARU : 2 lagi rasuah Scorpene dibongkar
Dua lagi rasuah Scorpene RM32.5 juta dibongkar
KUALA LUMPUR: Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta, kata Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.
KUALA LUMPUR: Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta, kata Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.Menurut Cynthia, rasuah itu terbongkar apabila siasatan dijalankan pihak berkuasa negara itu sejak lima bulan lalu.
“Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia.
05 May 2011
Skandal Scorpene bermula
Skandal Scorpene: Gelombang Perancis bermula
WONG CHOON MEI
LAPORAN kemas kini tiga kumpulan hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjangkakan tuntutan mahkamah berkenaan rasuah yang difailkan ke atas syarikat senjata api tentera laut Perancis DCNS akan didengari di mahkamah terbuka dan perbicaraan akan bermula pada Mei atau Jun ini.
Ini akan membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk akhirnya mendapatkan akses kepada butiran yang boleh dipersoalkan mengenai perjanjian kapal selam RM6.7bilion yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan mereka pada tahun 2002, dan terus dirahsiakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
DCNS merupakan vendor kapal selam tersebut dan Najib telah dituduh memberi keuntungan kepada teman rapatnya, Razak Baginda dengan komisen 114 juta euro melalui perjanjian tersebut.
18 April 2011
Scorpene : SUARAM lantik Hakim bebas di Peranchis
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.
“Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi,” kata Cynthia kepada KeadilanDaily, hari ini.
Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.
“Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan,” kata peguam itu.
Awal april lalu, laman web Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.
Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.
Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.
Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.
Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11734
30 March 2011
hahahaha ... RM50 juta setahun? ... selenggara kapal selam tak boleh selam
KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Katanya kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti. Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu beliau berkata kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd.
Abdul Latiff berkata kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun. "Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.
"Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu)mengikut perjanjian yang dimeterai," katanya. Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.
KD Tunku Abdul Rahman tiba di perairan Malaysia pada September 2009 dari Perancis manakala kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Teluk Sepanggar, Sabah pada Julai, 2010.
Kepada soalan wakil yang sama, Abdul Latiff berkata kerosakan teknikal pada KD Tunku Abdul Rahman seperti yang dilaporkan sebelum ini telah berjaya diatasi dengan ujian selaman yang berjaya dilaksanakan pada 22 Feb tahun lepas.
Sebelum ini dilaporkan kerosakan mekanikal dikesan pada 17 Jan tahun lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar. Abdul Latiff mengingatkan semua pihak agar tidak mendedahkan keburukan serta kelemahan aset pertahanan negara kepada anasir luar seperti yang seringkali dilakukan oleh pembangkang sebelum ini.
"Masalah teknikal yang dihadapi oleh kapal selam adalah masalah biasa yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam dunia. Saya kira dalam hal ketenteraan dan keselamatan negara kita patut berkongsi rahsia, jangan mendedahkan kelemahan sistem pertahanan negara ke luar (negara)," katanya.
Beliau berkata pencapaian paling membanggakan dalam operasi kapal selam berkenaan ialah apabila KD Tunku Abdul Rahman membuat penembakan misil SM 39 pada Julai lepas di kedalaman 55 meter dan telah mengenai sasaran yang berada sejauh 40 kilometer.
"Kejayaan itu dapat meningkatkan semangat juang yang lebih tinggi kepada krew kapal walau pembangkang mengatakan kedua-duanya (kapal) bermasalah," katanya.
Abdul Latiff juga berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berpuas hati selepas menaiki KD Tunku Abdul Rahman dan menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan baru-baru ini.- BERNAMA
23 August 2010
Kapal selam tak boleh selam : Lapuran polis terhadap Nurul
STONE: umNO akan terus mempergunakan polis untuk survival mereka. Lapuran demi lapuran akan dibuat untuk terus bernafas. Dan polis, sepertimana diketahui akan segera bertindak terhadap sebarang lapuran polis dari juak-juak umNO ni, tetapi bersikap amat lembap seandai lapuran datang dari pihak Pakatan.
Sebelum ini polis Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan khas semata-mata untuk menyiasat tentang apa yang dikatakan nama KM PP YAB LGE telah dimasukan dalam doa khutbah Jumaat dibeberapa buah masjid di PP, walaupun polis sendiri tidak tahu di bawah seksyen mana sepatutnya kejadian itu hendak di kategorikan. Itu lah sikap polis 1Malaysia Najib.
Terbaru, Nurul pula diheret ke kancah mainan politik kotor umNO. Katanya Nurul telah membocorkan rahsia keselamatan negara dengan mengatakan kapal selam Malaysia tidak dapat menyelam (kenyataan) ketika diwawancara oleh akhbar Kompas Indonesia ......
KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Nurul Izzah (30), putri tokoh oposisi Anwar Ibrahim, dituduh berkhianat akibat wawancara yang dimuat di harian Kompas (5/8). Komentar Nurul tentang kapal selam bermasalah yang dibeli Malaysia dari Perancis jadi dasar dakwaan membahayakan keselamatan negara.Nurul menjawab tuduhan serius itu dalam situs www.freemalaysiatoday.com (FMT). Sementara pihak Angkatan Laut Diraja Malaysia melaporkan Nurul ke Balai Polis Hulu Kelang tanggal 17 Agustus lalu.
Hasil wawancara dengan harian Kompas yang dijadikan dasar tuntutan militer terhadap Nurul adalah keterangan ”...kapal selam itu tidak bisa menyelam dan persenjataan yang dibeli ternyata sudah kedaluwarsa.”
Oleh sebagian media pro-pemerintah, Nurul pun dicap sebagai pengkhianat nomor satu karena menceritakan kondisi kapal selam Kapal Diraja Tunku Abdurahman yang tak dapat menyelam dan persenjataannya sudah kedaluwarsa.
Dalam jawaban di situs FMT, Nurul menjelaskan, keterangan kepada harian Kompas berdasarkan jawaban yang disampaikan Menteri Pertahanan Malaysia di Dewan Rakyat (parlemen Malaysia) pada 17 Maret 2010 tentang kapal selam tak bisa menyelam.
Sebelum Angkatan Laut Diraja Malaysia mengadukan Nurul ke Polisi Diraja Malaysia, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi menilai komentar Nurul sudah mencederai citra Malaysia dan membahayakan negara.
Dituduh demikian, Nurul menjawab tudingan pengkhianat bangsa lebih tepat diarahkan kepada pihak yang membiarkan korupsi merajalela di sektor pertahanan. ”Jika Menteri Ahmad Zahid adalah patriot, kenapa tak mendukung Komisi Anti-Korupsi Malaysia untuk menyelidiki pemberian komisi kepada perusahaan Perimekar Sdn Bhd dari perusahaan Perancis dalam pembelian kapal selam itu yang ditanyakan parlemen tanggal 2 Juli 2010,” kata Nurul.
Kasus korupsi sebesar 114 juta euro (Rp 1,2 triliun lebih) itu tengah disidangkan di Perancis. Perimekar Sdn Bhd adalah perusahaan milik Abdul Razak Baginda, seorang rekan dekat Perdana Menteri Najib Razak.
Nurul menambahkan, seperti diberitakan Bernama (6/8), latihan Angkatan Laut yang dilakukan setahun sekali di Malaysia demi penghematan dari semestinya tiga kali justru lebih membahayakan keselamatan dan keamanan negara.
Ahmad Zahid Hamidi dalam thestaronline.com (19/8) meminta politisi tak memolitisasi isu pertahanan nasional.(FMT/TheStar/Bernama/ONG) - Yahoo News Indonesia/Kompas.com
- Another police report against Nurul - malaysiakini
02 June 2010
Pembelian kapal selam ada penyelewengan - Polis Peranchis

Dari TV Selangor
Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.
Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.
” Tindakan tegas polis Perancis yang membuat keputusan untuk menyerbu pejabat DCN dan saya yakin mereka mempunyai tujuan untuk mencari bukti bahawa dalam pembelian kapal selam Scorpene itu terdapat penyelewengan dalam bentuk rasuah dan tentunya ini ada kaitan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Razak” ujar Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin.
Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suara Anak Malaysia atau Suaram.
Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.
Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.
” Tindakan tegas polis Perancis yang membuat keputusan untuk menyerbu pejabat DCN dan saya yakin mereka mempunyai tujuan untuk mencari bukti bahawa dalam pembelian kapal selam Scorpene itu terdapat penyelewengan dalam bentuk rasuah dan tentunya ini ada kaitan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Razak” ujar Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin.
Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suara Anak Malaysia atau Suaram.
Shamsul ketika dihubungi Tv Selangor berkata, dengan adanya tindakan lanjut dari pihak polis Perancis ini menguatkan lagi dakwaan bahawa pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan itu mengandungi unsur rasuah dan komisyen yang tinggi.
” Polis Perancis tidak akan berhenti setakat itu sahaja, mereka akan pergi lebih jauh lagi dan tentunya akan membuat pendakwaan apabila mendapat bukti yang mencukupi” katanya lagi.
” Dia perlu memberikan kenyataan yang tegas dalam hal ini. Ketika pembelian kapal selam ini dia adalah menteri Pertahanan dan selama ini Datuk Najib hanya mengambil keputusan untuk tidak memberikan respon dan malah tidak menjawab pun tuduhan kita” tambah beliau lagi.
Suaram sebelum ini mendakwa Armaris – anak syarikat Thales dan DCN telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Najib.
Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.
Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.
Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.
” Polis Perancis tidak akan berhenti setakat itu sahaja, mereka akan pergi lebih jauh lagi dan tentunya akan membuat pendakwaan apabila mendapat bukti yang mencukupi” katanya lagi.
” Dia perlu memberikan kenyataan yang tegas dalam hal ini. Ketika pembelian kapal selam ini dia adalah menteri Pertahanan dan selama ini Datuk Najib hanya mengambil keputusan untuk tidak memberikan respon dan malah tidak menjawab pun tuduhan kita” tambah beliau lagi.
Suaram sebelum ini mendakwa Armaris – anak syarikat Thales dan DCN telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Najib.
Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.
Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.
Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.
Polis Peranchis serbu pejabat DCNS
Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS
Jun 2, 10 12:29pm
Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.
Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.
Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFP bahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut."
"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."
Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.
Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak .
Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.
Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.
Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.
Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab.
Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut.
AFP
STONE: Ada orang tu dah mula kecut teloq, tidoq tak lena ... kah kah kah.
22 April 2010
Najib hang pi dok tepi kami nak siasat rasuah kapal xselam ni ... Mahfuz

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu mempertimbangkan cadangan supaya beliau bercuti bagi membolehkan siasatan perhubung pembelian kontroversial kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia dapat dijalankan.
Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata selain itu, kerajaan juga harus menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam dari Perancis itu.
"Perdana Menteri perlu bercuti sehingga kedua-dua siasatan itu lengkap agar ia dapat dijalankan tanpa halangan,” kata naib presiden PAS itu ketika lawatannya ke pameran dan sidang Defence Services Asia 2010 di Kuala Lumpur.
Tahun lalu, Suaram meminta tiga peguam hak asasi Perancis untuk menyiasat pembelian kapal selam Scorpene antara kerajaan Malaysian dengan Amaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan Perancis, DCNS.
Dua hakim dengan Jabatan Pendakwaan Paris juga sedang menyiasat kemungkinan ada unsur rasuah dalam pembelian kedua-dua kapal selam kepada Malaysia itu. - mkini
17 April 2010
Kes Altantuya - Kapalselam ditimbulkan semula oleh Suaram
By Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR, April 17 — Human rights group Suaram has sought help from the French courts to probe allegations that Malaysia’s purchase of two submarines from France is linked to the 2006 murder of Mongolian beauty Altantuyaa Shaariibu.
Political rivals have claimed that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had known her but he has denied the accusations. He was also defence minister when the submarine deal was inked.
Suaram director Dr Kua Kia Soong said they are seeking justice for Altantuya with the French court “since the Malaysian courts have failed to shed light on her grisly murder.”
“Although two former bodyguards of the Prime Minister have been charged, the motives for the murder have not been probed by the Malaysian court,” Kua said in a statement issued today.
“We believe that there is more to the murder of Altantuya and that what is in question is millions of ringgit in commissions associated with the RM4.7 billion Scorpene submarines deal. This has grave consequences for both Malaysian and French tax payers,” he added.
French lawyers, acting on behalf of Suaram, have filed with Parisian prosecutors to investigate the submarine deal between the Malaysian government and DNC, France’s biggest defence conglomerate.
DCN’s subsidiary Amaris makes the Scorpene submaries which was sold to Malaysia.
It was brought up in the Malaysian Parliament that €114 million (RM500 million) has been paid to a Malaysia-based company called Perimekar, for “coordination and support services” in the submarines transaction.
Perimekar was wholly owned by another company, KS Ombak Laut Sdn Bhd, which in turn was controlled by Najib’s associate, Razak Baginda. Razak’s wife Mazlinda Makhzan was the principal shareholder in this company.
Perimekar was registered in 2001, a few months before the signing of the contracts for the sale and Suaram claimed the company did not appear to have the financial resources to complete the contract.
“None of the directors and shareholders of Perimekar have any experience in the construction or maintenance of submarines,” alleged the group further.
Altantuya was allegedly the translator and Razak’s jilted lover. She was said to have participated in negotiations over the purchase of the submarines.
“By her own admission in a letter found after her death, she was attempting to blackmail Razak for US$500,000 worth of commission from the purchase.”
Although two police officers have been charged and convicted for the crime, the motives for the murder have not been probed by the Malaysian court.
Razak was charged with abetting the crime bit subsequently acquitted in November 2008 under questionable circumstances.
“The submarine deal was never brought up in court during the murder trial which saw prosecutors, defence attorneys and the judge judiciously keeping Najib’s name out of the proceedings,” blasted Suaram.
Suaram’s move to seek legal recourse with the French court was reported in regional news network Asian Sentinel.
In the report, it was stated that the Altantuya murder was not the only death related to arms deal involving DCN and that the French court have been probing on other similar allegations.
Suaram in concluding its statement said it hopes the French justice system will reveal “more than what the Malaysian judicial system has failed to deliver so far and will bring justice and closure to the family of Altantuya”.
“(This will also) force the French and Malaysian Governments to be accountable to their peoples on the submarines contract,” it added. - TMI
Subscribe to:
Posts (Atom)




