13 August 2011

Ambil tindakan segera jika ada bukti muslim dimurtadkan - PAS gesa JAIS

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – PAS mengumumkan pendirian rasminya mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menegaskan, agensi itu harus mengambil tindakan segera jika ada bukti penganut Kristian memurtadkan Muslim.

Pemimpin-pemimpin PAS berkata keputusan tersebut selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam.

Malah kata mereka, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam.

“PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami mengatakan bahawa Islam adalah asas kami dan al-Quran.

“Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan kepercayaan (kami),” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik di sini petang ini - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive